What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS
Showing posts with label tulisanhati. Show all posts
Showing posts with label tulisanhati. Show all posts

April 22, 2014

tulisan hati #11


something that ive never felt before.
something that ive never thought of before.
and it makes me wonder....

whats gonna happen next
whats gonna be their reactions
whats waiting at the end of the journey
whats gonna be the end of the story
questions without answers.

but one thing for sure.
i hope. and i pray that whatever happened,
Allah will guide me through it, and give me strength. to be a grateful servant of His through thick and thin.

#dah lama tak buat curhat kt sini :p

February 21, 2013

tulisan hati #10

mereka.
mereka lah yang pertama yg saya kenal dalam DnT.
mereka jugalah yang x pernah putus asa dengan diri ini.
mereka juga sentiasa ada di sisi. walau selalu diketepi.
mereka. my akhawat fillah. i love them.
kerana mereka mengajar aku mengenal Dia.
mengajar aku bagaimana hidup seorang muslim yg sebenar.
mengingatkan aku apa tujuan hidup kita sebagai manusia.
mengajar aku apa itu ukhuwah. apa itu itsar. apa itu ikhlas.
Allahu. i miss them. like seriously do. each one of them
Ya Allah, mudahkan urusan mereka di sana. dan kuatkan mereka.
semoga pertemuan kami suatu hari nanti semata keranaMu :)

May 29, 2012

melangkah kembali ;)

betullah orang cakap. nak istiqamah ni susah sangat. jauh lagi susah dari nak berubah.
bila sekali dah tinggal, tend to leave it again. and again and again. smpai bila nak mula melangkah balik terasa berat sangat :(

Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah T_T
bantulah hambaMu ini melangkah dengan lebih yakin.
dengan lebih laju di jalanMu Ya Allah
kerna aku yakin dengan janjiMu


And those who strive hard in us, We shall surely guide them in Our paths; 
verily Allah is with the welldoers. 
(Al-Ankabut ; 69)

May 21, 2012

tulisan hati #9

" i love the environment here. thought of moving here later. maybe after im done with study or after passed some stages of life. hahaa " - a friend of mine said this yesterday.

dan tiba-tiba rasa nak menulis. lepaskan rindu pada bumi tarbiyah itu :)
masa dekat sana sibuk sangat nak balik. bila dah balik,terindu-rindu suasana kat sana.
dulu sebelum balik ramai akhawat cakap "awak betul nak balik for good ni ika ? kat sana lg banyak cabaran tau."  and i just smiled "hehee akak ni. sy seriousla nak balik"
and yes, once im back, terasa semua yang dikatakan tu benar. banyak cabaran tu. cabaran yang cukup berbeza dari kehidupan kat sana. cabaran yang lebih memerlukan kekuatan dalam diri. memerlukan kekuatan dari-Nya. 

tipulah kalau kata tak rindu pada tempat tempat cantik di sana. tak rindu pada kemudahan2, tak rindu pada biah yang membina. tak rindu pada RI-RI yang sgt welcoming dan heartwarming. sampai adakala terfikir, i would love to be back there again. nak lari balik sana balik, menguatkan diri di tempat orang. tapi tersedar, ini medan sebenar. takkan nak berhenti berjuang sebelum capai kemenangan kan ? takkan cuma sebab susah menginfluence org terdekat, terus mahu berputus asa kan ? T_T

yes, niat nak pergi ke sana lagi masih belum hilang, masih belum dipadamkan. tapi sementara berada di sini, di medan sebenar, tempat berjuang sebenar, insyaAllah tak mahu disia-siakan lagi. 

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 
[At-Taubah, 9:41]


*jgn lupa, jihad bukan sekadar mengangkat senjata di medan perang. melawan hawa nafsu juga adalah jihad, belajar kerana Allah itu jugak jihad :)

April 30, 2012

tulisan hati #8

there's some people asking me to update the blog. dan bertanya 'kenapa dah berbulan tak update?'
first of all.. jazakumullahukhairan sebab sudi baca. semoga ada manfaat yang awak-awak dapat from my one cent opinion dekat dalam blog ni :)

honestly, i miss blogging too.. 
bukan taknak menulis. tapi tengah mencari mood, mencari hati. hati ? yes, mencari hati yang ikhlas untuk menulis. mencari balik tujuan menulis. sebab rasanya makin lama, makin kabur dah tujuan itu. i need some refreshment. mungkin perlu tajdid niat tu kembali. but im certain i'll start blogging again. bila ? bila Allah izinkan :)


p/s : baru bukak blog format baru ni. nak cari butang 'newpost' pun sesat~ heeee ;p

February 15, 2012

tulisan hati #7

setahun.
setahun dekat sana.
tujuan asal : habiskan final papers.
tapi. itu cuma rancangan manusia.
itu cuma misi jangka pendek.
serasanya dah boleh faham.
faham kenapa Allah hantar ke sana.
bukan. bukan untuk habiskan papers sahaja.
bukan jugak untuk merasa hidup di negara orang sahaja.
bukan jugak untuk menambah kenalan sahaja.
tetapi ada yang lagi penting dari itu.
ada yang lebih bermakna dari semua itu.
Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk kenal tarbiyahNya.
Allah beri peluang untuk belajar bergantung hanya pada-Nya.
dan. walaupun tujuan asal tak tercapai. tapi hati rasa puas.
puas kerana mencapai sesuatu yang lebih bermakna.
sesuatu yang mungkin tak dapat kalau tidak ke sana.
bukan, bukan sebab di sini tiada semua itu.
tetapi sebab diri sendiri yang akan mengelak dari semua benda itu.
memang Allah susun kehidupan kita ni cantik sangat kan ?
tak pernah terfikir, terbayang benda benda ni.
Alhamdulillah. Thank you Allah.

kini, rasa rindu sangat. rindu dengan suasana itu.
tapi, yakin. yakin dengan perancangan Allah.
bila kini dah dihantar kembali ke sini. ke tempat sendiri.
pasti ada yang menanti, yang tak terjangkau dek akal untuk cuba meneka.
InsyaAllah. semoga terus dikuatkanNya untuk terus berada di sini.
di jalan ini ^____^

January 19, 2012

tulisan hati #6

tangan sibuk nak tekan tekan keyboard ni..
kepala pun macam macam fikir nak tulis itu ini..
tapi.. hati tak terasa nak menulis apa apa..
so, semua yang ditulis pun masuk dalam drafts..
sebab teringat seorang ukhti ni cakap :

"kalau kita bercakap dari hati, insyaAllah masuk ke hati orang yang mendengar"
"kalau kita menulis ikhlas jugak dari hati, insyaAllah masuk ke hati orang yang membaca"


baru je balik dari southampton few days ago with the sisters, and now im missing their presence dah..
macam mana nak balik malaysia ni ikaaaa~

December 31, 2011

tulisan hati #5

sedar tak sedar, setahun dah hampir berlalu..
esok dah 31 december 2011.
lusa dah masuk tahun baru, 2012.

bila lihat kembali ke belakang, apa yang aku dah buat selama setahun ni ?
apa yang aku dah sumbangkan untuk Islam dalam setahun ni ?
Ya Allah, rasa diri kerdil sangat.

Ada sebabnya Allah berikan kita peluang hidup sampai saat ini.
Ada sebabnya Allah jadikan kita berada di mana kita berada sekarang.
Ada sebabnya Allah hantar aku ke sini.
InsyaAllah, mari cari SEBAB itu, mari manfaatkan 2012 ini sama sama ^_^

December 19, 2011

tulisan hati #4

hati..
sangat mudah berbolak-balik..
tapi yakinlah.. jika ikhlas mencari redha-Nya..
Dia akan tunjukkan jalan kembali pada-Nya
kerana itu janji Allah
dah Allah tak akan pernah memungkiri janjiNya  :)

Dan orang-orang yang berjihad untuk [mencari keridhaan] Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Ankabut ; 69 )

December 13, 2011

tulisan hati #3

Ya, ramai yang mengatakan jalan ini tak mudah. tapi..
mudah tak menjanjikan kebahagiaan.
payah tak menjanjikan penderitaan.


Do not show weakness in pursuing these people. If you are suffering hardships, they are suffering similar hardships; but you have hope from Allah, while they have none. And Allah is full of knowledge and wisdom.
(An-Nisa ;104)

August 12, 2011

tulisan hati #2

Bismillah..

orang kata nak berubah tu susah. tapi macam mana susahpun kita rasa benda tu, bukan lah alasan untuk tetap duduk kat tempat yang sama, orang kata "comfort zone". ingat janji Allah, :

(94;6)
and do know that, nak istiqamah dengan perubahan tu laaaagi susah.


moga moga kalau kita dah mula dengan sesuatu perubahan, tetaplah istiqamah walau susah mcm mana pun. lgpun manusia kan sifatnya lebih menghargai perkara-perkara yg susah nak dapat/lakukan ? (:

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. "
(At-Taubah. 9:41)

*mari bergerak ! yosh ^_^
*sumber : tumblr

July 22, 2011

tulisan hati.

kadang kadang dalam hidup nie.
nak dapat satu, kena lepaskan satu.

orang kata itu teori bahagia.

nak bahagia, ada yang perlu dikorbankan.
tapi dalam berkorban. kena jugak hati hati.
jangan sampai tersalah korban.
jangan sampai tersalah lepas.

kalau tersalah lepas, hidup senang, hati kosong.
hati  kosong, hati beku, hati gelisah
orang kata, duit boleh beli katil yang empuk
tapi duit takkan mampu beli tidur yang lena.
kalau hati dah gelisah, hati dah beku.
 macam mana nak bahagia ?
hanya pada Dia ada bahagia 
:)

*spontan je tulis. bukan sajak, bukan puisi. cuma luahan hati :)