What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

December 28, 2012

tarbiyyah di kedai mamak.


[ Entry ni ditulis dalam notepad kat phone je. writing and keep writing tak terfikir akan jd mcm mana. but terasa sangat nak share this experience. i was bored dan teringat peristiwa di kedai mamak pagi tadi. which mula mula mmg macam negatif sikit fikir. tp i tried to change my view. Alhamdulillah byk pengajaran sebenarnya. semoga bermanfaat :') ]

kitorang tengah seronok bersembang bila tiba-tiba seorang pakcik yg duduk selang beberapa kerusi dari saya tegur.

"korang ni sekolah lagi ke ?"

awwh pakcik, we take that as a compliment eh. heheee. okay tp bukan tu yang nak cerita. its something else.

pakcik ni baik !! okay bkn sebab dia belanja kitorg ;p. tp somehow, saya terfikir, Allah hantar pakcik ni pd kitorang untuk ajar sesuatu yg berharga. and im sure i wont be thinking about it this way dulu. sebab atfirst nampak pakcik ni bragging about his life. like a lot !! hehee. tp tak tahu kenapa. rasa mcm Allah nak ajar. IF. i said IF. one day berjaya like him. i would know what to do and what i should not do.

and he was saying about his family genetics pandai2. then he gave us some tips utk terang hati, minda so that ilmu sng masuk. terfikir jgaklaa. okay pakcik ni nak bg nasihat tp maybe he dont know how to start kot. so he start talking about his family dulu. sy suka part dia cakap. tgn kita ni yg kita guna untuk berzikir, menyuap mknan masuk ke dalam mulut, itu slh satu rezeki yg berkat. ini zmn sekarang, semua nak pakai sudu je kann. heheee.

then dia ckp ttg layanan pd org tua. how he treat his mother. well ofcourse kita yg students ni x mampu nk bg tket bsness class mcm dia. tp indirectly hes saying, try to give the best to your parents. ikut kemampuan kita la jugak kan :)

dan dia berckp juga ttg ikhlas. okay mula2 nampak laa mcm eh pakcik ni duk show off psl life dia, ikhlas ke tu. but somehow nasihat2 dia mcm masuk dlm hati. and i believe, jika org tu berckp dari hati yg ikhlas, ia akan menyentuh hati org lain.

and slh satu ayat best yang sy suka is that bila kitorang mcm tolak dia nk belanja, he says " tak apelah. pakcik belanja. pkcik mintak korg doakanlah pkcik ye." and he did repeat that a few times walaupun kitorg mcm x dgr jee. (well i was sitting the nearest to him. sbb tu dgr kot). teringat ustzh maznah pernah ckp. jgn lupa minta org doakan kita. sbb kita x tahu doa siapa yg mustajab, Allah terima. dan teringat kisah umar Al-khattab yg memegang ubun-ubun seorg ank kecil, dan meminta ank itu mendoakan dia. itu umar kot ! means nak kata. tadelaa kte ni asyik nak suruh org org terkenal, ustz ustzah, pkcik2, kakak2, abg2 jee doakan kte. tp kalau boleh anyone yg kte jumpa/kenal. kita x tahu mungkin doa makcik sapu sampah / pakcik jaga pagar tu yg Allah perkenankan. rugi dah kan x minta diorg doakan kita ? :-)

Allahu. siapa sangka. dalam perbualan lebih kurg setengah jam kot dekat kedai mamak je. banyaaaaak benda belajar.  Alhamdulillah. thank you Allah atas tarbiyyahMu ini. honestly, dari cara pakcik ni bercerita, nampak mcm dia sunyi. mungkin saja inginlan teman berborak, bercerita, berkongsi pengalaman. anaknya sorang tp jauh. mungkin dia nampak kitorg ni macam anak2 dia dah kot. semoga Allah memberkati rezeki pakcik ni dan beri ilham, hidayah untuk gunakan apa yg dia ada diatas jalanNya. and semoga Allah berikan kebahagiaan dunia akhirat pd dia, dan kita semua. insyaAllah, Aamiin :')

dan perbualan kami td sgt lain dari dulu. aaaah i feel old ! hahaa. well, we've grown up and im glad we still stick together. semoga Allah kuatkan ikatan kita bukan sahaja ats nama 'kwn sekolah' tp atas nama akidah yg sama. insyaAllah. i loveeeee you girls. salam dan doa :')

November 17, 2012

jazakillah khair sister :)


"awak kenapa dah lamaaaaaa sangat tak update blog tu?"
"hehee. malas lah. i think i lost interest in blogging. dah tak boleh masuk list hobby dah ni. hahaa"
"hahaa. boleh pulak macam tu eh. hmm tapi kan.."
"tapi... ?"
"haritu kita tnya seorang akhawat ni macam mana dia boleh maintain menulis blog. dah bertahun-tahun dah. jawapan dia *thumbs up*! dia cakap kalau menulis kerana hobby, mmg akan ada masanya kita mula berasa bosan dengan hobby itu. rasa malas dah lah nak buat. tapi, menulis lah kerana Allah, kerana ingin berdakwah, insyaAllah, Allah akan terus tanamkan passion untuk menulis itu dalam diri kita. awak tak nak try ke ? try start menulis balik *smile*"
"......"



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
salah satu perkara yang buat saya sangat sayangkan akhawat di jalan ini. setiap bait kata, ada sahaja terselit nasihat, terselit peringatan. bahawa hidup ni bukan setakat just what i want to do, what i love to do. its beyond that. jazakillah khair sister for the reminder.

insyaAllah awak, i will try.
menulis dari hati kerana Allah, untuk menyentuh hati keranaNya juga insyaAllah :)

p/s : yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. insyaAllah, 5 dec onwards. heheee. doakan kami cima and acca students for the final exams ye !

doa and salam,
haikadove :)

August 17, 2012

its coming to an end ;'(

sedih pula rasanya bila terbaca status-status seperti :

"hari ni dah hari ke28. lusa mungkin raya dah"
"off to kampung ! *raya mode is on*"

tapi paling sayu sekali bila terbaca yang ni
"harini jumaat terakhir dalam bulan ramadhan tahun ini. mungkinkah kita ada lagi jumaat depan ?"

Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. kalau dikala masuk je malam ke-20. penuh status-status, tweets mengejar, mencari lailaturqadar. kini semua semakin pudar, bertukar ganti mengejar, mencari baju raya, kasut raya pula. tapi dalam masa mencari keperluan-keperluan raya tu. jom semak balik our ramadhan goals awal-awal dulu. dah tertunai ke belum ? kalau masih belum, masih ada masa lagi ni untuk tunaikan. kalau yang dah tak mampu, jom muhasabah diri balik. mungkin ada kesilapan kita sana sini sikit, sebab tu Allah mahu kita perbaiki diri lebih lagi :)

haihh.. belum habis lagi ramadhan tahun ni, tapi dah mula terasa rindu pula ;'(
semoga kita semua mampu melangkah menjadi graduan ramadhan dengan keputusan yang cemerlang.
teringat kata-kata ustaz di tv9 semalam yang menceritakan tentang umar abdul aziz ketika anaknya meminta pakaian baru untuk berhari raya. katanya,
"wahai anakku, bukanlah pakaian baru yang penting bila melangkah keluar dari ramadhan. tetapi taqwa baru itu yang lebih penting bila melangkah dari ramadhan ini."

p/s : jom check balik pakaian taqwa kita ? semakin putih atau hitam ? sudah cantik atau masih compang camping lagi ? :)

July 26, 2012

100% hadiah Allah :)

Alhamdulillah sejak 1 ramadhan haritu, rasa macam hari free sikit. Allah bagi peluang untuk fully utilised this month mungkin ? :)

well, some people did asked me.
"awak kan dah tade kelas. tak kerja lagi, apa yang busy sangat ni."
"tak kerja pun busy ke?"


err.. okay. mungkin saya belum lagi bekerja di dalam pejabat. belum officially bergelar akauntan/auditor atau sewaktu dgnnya. tapi yes, saya ke-busy-an sedikit last few weeks. busy with camps and helping my mom with her booths.

oh yeah, talking about booth. saya rasa banyaaaaak sangat belajar bila ikut mak bukak booth sana sini. belajar bersabar dengan pelbagai karenah. belajar berdikari setup booth, tutup booth semua. dan paling penting sekali, belajar mensyukuri nikmat rezeki yang Allah bagi. dan belajar tawakal sepenuhnya pada Dia untuk rezeki kita hari-hari ni.

serious, rasa macam sangat kagum dengan cara Allah nak buktikan rezeki tu memang 100% darinya. segala yang berlaku sekeliling ni cuma perantaraan saja. yes, dulu masa awal-awal berniaga. selalu fikir
"takde orang pun kat sini. mana nak ada sale."
"oh, area tu ramai orang. boleh meletup-letup lah nanti."



okay, mungkin awak nak cakap. kita berniaga memang kena cari kawasan strategik, cari area yang kita boleh jual barang kita. tapi jangan lupa, mencari kwsn strategik tu cuma satu usaha kita sahaja, rezeki yang kita dapat di situ, semuaaaaa Allah yang bagi, bukan sebab ramai orang ke, bukan sebab barang kita berkualiti ke, tapi sebab Allah.

why did i say that ? because ive experienced it ! di tempat yang rasa macam "memang tak dapat sales banyak lah ni, tak ramai orang. duit pt tak masuk lagi pulak tu." taaaapi, Allah nak sedarkan balik, tup tup ada seorang budak datang. try itu ini, pilih pilih. lepastu bayar, tiba-tiba dah dapat RM100+ ! datang pulak kakak sorang lagi, pilih pilih, lepastu bayar almost RM200. haaaa tak ke macam "err, tuelah. kalau Allah nak bg rezeki, ramai ke tak ramai orang, adelah sales tue." 

and vice versa, dlm pada rasa macam tempat tu boleh buat sales "juta-juta", tiba-tiba seharian duduk melanguk je, sebab memang ramai students datang jenguk. tapi semua pegang, letak, pegang, letak. dan bila diri dah mula tamak sikit, dah sampai target, tapi nak lebih punya pasal, taknak tutup kedai lagi. nak tunggu jugak mana tahu ada orang datang beli lagi. taaaaapi, tunggu lebih sejam pun, orang keluar masuk je, tak ada yang membeli. hmmm. bukan ke tu bukti Allah nak kata "bukan sebab ramai orang sales kita banyak, tapi sebab Allah yg tetapkan rezeki kita banyak tu. tunggulah lama mana pun, kalau itu yang Allah tetapkan, tak akan bertambah atau berkurang dari itu." :)

i dont know if you, the one who reading this feel anything. tapi saya sangaaaaaat amazed ! memang bila difikirkan balik. Ya Allah, sebenarnya pergantunganku mungkin belum sepenuhnya padaMu, sebab itu banyaaak Allah nak tunjuk dalam pada berniaga ni. Alhamdulillah, Allah tegur kerana sayangkan kita, mahu kita kembali padaNya kan ? Ambillah pelajaran dalam setiap perkara, tarbiyyah Allah ada dimana-mana =)

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan]nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq ; 3)