What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

July 18, 2012

Ahlan wasahlan :)

InsyaAllah, tak lama dah lagi syaaban akan sampai penghujungnya, dan Ramadhan akan mengambil tempat. Allahumma balighna ramadhan, Ya Allah. semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan istimewa ini ^_^

kita sering dengar, Ramadhan bulan istimewa bagi orang islam, orang mukmin. Ramadhan bulan penyucian, di mana kita belajar mengawal diri. bukan sahaja dari makan, minum, tapi hawa nafsu yang sering menggoda diri kan. saya tertarik dengan satu perkongsian oleh seorang akhi baru-baru ini. dia mengatakan, Ramadhan ini bulan istimewa, kerana Ramadhan adalah tempat  di mana Allah mengumpul semuaaaa umat Islam di dalam satu bulan dan menumpukan pd ibadah yang khusus - puasa. kalau kita sahur, puasa, berbuka, terawih sorang2 kt rumah pun. masih ada lagi di luar sana yang bersahur, berpuasa, terawih juga sorang2 kat rumah. you're not alone, never alone. kalau dapat solat berjemaah dengan keluarga dan sahabat pun dah terasa indah, inikan pula kita nak berjemaah berpuasa dengan seluruh umat islam ! Subhanallah. cantik kan perancangan Allah ? :)

sejauh mana kita, kita semua ni bersedia untuk bertemu dan berkumpul dengan saudara-saudara kita yang lain ni ? kalau nak pulang beraya jumpa keluarga kat kampung pun kita dah sibuk persiapkan diri dgn pakaian cantik-cantik, dengan souvenir lagi. ni kita nak berkumpul dengan semuaaaa saudara seislam kita ni, takkan nak bawak baju yang compang-camping je kann ? *smile*

dan kalau kita mahu istiqamah dalam ibadah kita di bulan ramadhan kelak, bukankah lebih praktikal kita mulakan latihannya sekarang. practice makes perfect kan ? hihii.. saya tak mahu cerita panjang, tapi nak share borang checklist untuk ramadhan kita, and few videos yang menarik sangat sempena ramadhan ini ! 


VIDEOS 


kalau sahabat dahulu mampu memenangi perang badar dalam bulan ramadhan, apa kata kita pula cuba memenangi perang melawan hawa nafsu dalam ramadhan kali ni. Semoga kita semua mampu jadi graduan terbaik apabila menjelang 1syawal kelak, insyaAllah :)

0 comments: