What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

July 9, 2012

kuatkah kita ?

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ni diberi kelapangan masa sikit. sekurang-kurangnya bolehlah curi masa update blog terbengkalai ni kan. hihii. these past few weeks was quite hectic for me. jangankan nak online menulis panjang-panjang. nak on laptop pun tak sempat. kesian laptop ni terbiar sendirian atas meja *lap-lap habuk sikit*

I used to hear that people said :
"Masa student ni lah boleh all out in D&T."
"cabaran yg lebih kuat seorang dai'e adalah selepas bekerja dan berkahwin."

dan dulu, kalau dengar sisters, brothers cakap macam tu, i would like 'alaa, masa student ni pun banyak je cabaran.' tapi, the past few weeks, i realise all that was true. memang masa student banyak cabaran. tapi kesibukan belajar dan kesibukan bekerja tu jauuuuuh berbeza. belajar kita boleh bahagikan masa. boleh pergi buat D&T, dan kemudian stay up untuk study. tapi waktu bekerja tak boleh diganti-ganti macam itu. waktu bekerja itu tetap dan kita kena flexiblekan waktu D&T pula ? susah. serious susah. dan saya belum lagi melangkah alam pekerjaan yang sebenar. yang memerlukan kita punch in 8.30 and punchout 5.30 itu. belum ! yang saya lalui dua minggu sudah tu mungkin cuma 20% daripada kesibukan bekerja officehour. dan itu pun sudah pening kepala nak membahagikan masa T_T

dan sekarang rasa sangat kagum dengan murabbi-murabbi osem yang sudah bekerjaya tetapi sangat aktif dalam D&T. setiap program mereka ada. setiap program mereka ambil tahu. setiap masalah mad'u mereka beri perhatian. Allahu, kuatnya semangat mereka ! teringat seorang akhi pernah cakap "jikalau para anbiya'  berputus asa, tiada semangat yg kuat untuk mengembangkan islam, agaknya kita dapat ke merasa nikmat iman dan islam sekarang ?" "dan kalau kita kini lemah longlai, tiada semangat seperti itu, agaknya generasi anak-cucu-cicit kita kelak kenal lagi tak nikmat iman dan islam ?" *nangis laju-laju*

untuk diri yang baru ingin melangkah ke alam itu, mari kita persiapkan diri. fizikal dan spritual dan mental. ya, bukan mudah. tapi ingatlah, mujahadah itu pahit, tetapi syurga itu indah. semoga Allah sentiasa tetapkan kita, kuatkan kita untuk berada di jalanNya, jalan yang diredhaiNya, diberkatiNya. Aminn :))

2 comments:

YCL said...

yang duduk belajar kat hospital ni pun x cukup tanah menyiapkan assignement segala bagai T____T
semoga kita tergolong dalam yang "kuat" itu, yes? ;)

haikadove said...

inshaAllah sis :))