Alhamdulillah dah beberapa hari nak tengok video cik beah osem, baru petang smalam ada kesempatan. nak share sekali kat sini lah untuk orang orang lain jugak [cewah, padahal senang nak tgk balik kan ;p]
Jazakillah khayr cik beah sebab rajin buat video ni. serious awesome ! :))
masa tengok video ni, teringat pengisian masa daurah south dulu
[kot;p]. akhi
[sy memang fail bab hafal2 nama org;p] tu cerita tentang kita ni, sedar tak sedar sebenarnya sedang berdakwah. huhuu seriously ? seriouslah ! :)
dakwah tu apa ? dakwah dalam bahasa melayu yang simple ialah menyeru.. jadi, kita cubalah reflect balik ourself, kita ni berdakwah kepada kebaikan ke kepada kemungkaran ? haaaa ! nak jadi macam cik rung ke nak jadi cik cak ? ke lagi selesa jadi cik bi je ? huhuuu.. haaa pilih cepat pilih ! dalam nak pilih-pilih ni. jom kita check sikit benda-benda kat bawah ni :
1. eh lagu ni best lah. nak share lah ngan A. dan tangan laju je copy link, post dekat wall A.
2. eh trailer cerita ni menarik lah. lepas tu laju je tangan mesej B "B, jom nanti tengok cerita XXX ni. cool gila trailer dia !"
3. eh cerita ni adaptasi novel W ni. kena bagitau C ni, ni novel favourite dia ni. "weyh C ! tahu tak novel favourite kau jadi movie dah ! wajib tengok wehh ! "
dann.. kalau lagu dikongsi di wall A tu sesuatu yang akan membawanya lebih dekat pada Allah. Alhamdulillah. bukan sahaja dapat pahala bila A klik dengar lagu tu dan insaf. tapi kalau kawan kawan A yang tiba tiba tertarik hati klik dengar dan insaf. Subhanallah. berganda-ganda pahala kita. taaapi ! cuba bayangkan yang kita post tu benda yang sia-sia. videoclip lagu lagu seperti cik gaga. seperti encik justin. seperti cik ssnndd, encik minho ? hmm.. apa agaknya kita dapat eh ?
“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.” Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa dan solat?” “Ya, walaupun dia puasa dan solat, walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas kalian, yaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba Allah.”
(HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)
bila terfikir sampai waktunya nanti Allah mempersoalkan apa yang dilakukan A,B dan C. dan mereka mengatakan sambil tunding jari pada kita "dia inilah yang membawa kami kepada perkara-perkara itu !". ouchh.. tak sanggup rasanya. tiba-tiba dah elok-elok dengan amalan nak masuk ke syurga, ditarik pula ke neraka kerana benda-benda kecil seperti ni. huuuu seram sejuk jugaklaa kan. lepastu bila bayangkan, yang akan klik videoclip tu bukan sahaja A, tapi mungkin beratus-ratus kawan-kawannya yang cukup ramai itu. mampukah nak menanggung kerana kita yang memulakan, memperkenalkan semua itu pada mereka ? T__T
Ya Allah, masa dengar ni.. rasa macam nak pitam. sebanyak mana dah pernah buat semua ni selama ni. dah seramai mana dah kita ajak tengok movies, series, videos yang kita sebenarnya tahu dalam tu banyak je perkara-perkara yang tak patut ada. banyak benda-benda yang kita dilarang tengok.
buat sahabat-sahabat yang dikasihi. maaf sangat-sangat jika selama ni banyak memperkenalkan benda-benda yang tak patut kat korang semua. Alhamdulillah ditegur dengan cara yang sangat baik, berhikmah macam ni. padahal akhi tu bercakap secara general je. kepada semua orang. tapi disebabkan selalu buat, zasssssss memang terasa habis dengan semua yang dikatakan. InsyaAllah, jom jom ubah sama-sama. tamau dah share perkara sia-sia dekat kawan kawan :))
a friendly reminder :
"One day your life will flash before your eyes. Lets make sure its worth watching ! "
^_______^