What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS
Showing posts with label special. Show all posts
Showing posts with label special. Show all posts

November 17, 2012

jazakillah khair sister :)


"awak kenapa dah lamaaaaaa sangat tak update blog tu?"
"hehee. malas lah. i think i lost interest in blogging. dah tak boleh masuk list hobby dah ni. hahaa"
"hahaa. boleh pulak macam tu eh. hmm tapi kan.."
"tapi... ?"
"haritu kita tnya seorang akhawat ni macam mana dia boleh maintain menulis blog. dah bertahun-tahun dah. jawapan dia *thumbs up*! dia cakap kalau menulis kerana hobby, mmg akan ada masanya kita mula berasa bosan dengan hobby itu. rasa malas dah lah nak buat. tapi, menulis lah kerana Allah, kerana ingin berdakwah, insyaAllah, Allah akan terus tanamkan passion untuk menulis itu dalam diri kita. awak tak nak try ke ? try start menulis balik *smile*"
"......"



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
salah satu perkara yang buat saya sangat sayangkan akhawat di jalan ini. setiap bait kata, ada sahaja terselit nasihat, terselit peringatan. bahawa hidup ni bukan setakat just what i want to do, what i love to do. its beyond that. jazakillah khair sister for the reminder.

insyaAllah awak, i will try.
menulis dari hati kerana Allah, untuk menyentuh hati keranaNya juga insyaAllah :)

p/s : yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. insyaAllah, 5 dec onwards. heheee. doakan kami cima and acca students for the final exams ye !

doa and salam,
haikadove :)

August 17, 2012

its coming to an end ;'(

sedih pula rasanya bila terbaca status-status seperti :

"hari ni dah hari ke28. lusa mungkin raya dah"
"off to kampung ! *raya mode is on*"

tapi paling sayu sekali bila terbaca yang ni
"harini jumaat terakhir dalam bulan ramadhan tahun ini. mungkinkah kita ada lagi jumaat depan ?"

Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. kalau dikala masuk je malam ke-20. penuh status-status, tweets mengejar, mencari lailaturqadar. kini semua semakin pudar, bertukar ganti mengejar, mencari baju raya, kasut raya pula. tapi dalam masa mencari keperluan-keperluan raya tu. jom semak balik our ramadhan goals awal-awal dulu. dah tertunai ke belum ? kalau masih belum, masih ada masa lagi ni untuk tunaikan. kalau yang dah tak mampu, jom muhasabah diri balik. mungkin ada kesilapan kita sana sini sikit, sebab tu Allah mahu kita perbaiki diri lebih lagi :)

haihh.. belum habis lagi ramadhan tahun ni, tapi dah mula terasa rindu pula ;'(
semoga kita semua mampu melangkah menjadi graduan ramadhan dengan keputusan yang cemerlang.
teringat kata-kata ustaz di tv9 semalam yang menceritakan tentang umar abdul aziz ketika anaknya meminta pakaian baru untuk berhari raya. katanya,
"wahai anakku, bukanlah pakaian baru yang penting bila melangkah keluar dari ramadhan. tetapi taqwa baru itu yang lebih penting bila melangkah dari ramadhan ini."

p/s : jom check balik pakaian taqwa kita ? semakin putih atau hitam ? sudah cantik atau masih compang camping lagi ? :)

July 23, 2012

lets take the first step shall we ? :)

Salam semua.

Alhamdulillah, dah masuk 3 Ramadhan 1433H dah harini kan ? hows ur days so far ? berjaya kekalkan/tambah mutabaah amal tak ? jangan berkurang pulak eh. hehee :)

Pagi tadi, untuk mengelakkan tidur lepas subuh, maka menggagahkan diri untuk online. agak lama juga tak scrolldown timeline FB tue. Alhamdulillah, ada something Allah nak tunjuk. ternampak ada seorang akhwat post status ni :

Daripada Hazrat 'Ubadah Bin Somit R.A sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami, " Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT akan MENUMPUKAN perhatianNya kepadamu dalam bulan Ramadhan, lalu dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan PERLUMBAAN kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah orang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah pada bulan ini.


jujur, part kita paling suka is "Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada malaikatNya." awhh. sweet kan Allah ? dan teringat a conversation with some old friends dulu. where a proud boyfriend told us he's proud and happy that his girl would do this and that, leave this and that just for him. just to make him happy. and yeah, he brag about it to us. and his girl tersenyum lebar gembira dgr bf dia bercerita pasal dia. 

and now terfikir, kalau orang bercerita ttg kita pun kita dah happy macam tue. tgh bayangkan, what if i did all that just for Him, just to make Him happy. and Allah bercerita ttg kita pada malaikatNya. Allahu, tak boleh nak gambarkan mcm mana gembira perasaan tue ! ni bukan setakat mak, ayah, abg, kakak, adik, suami, isteri yang berbangga dengan kita ni, tapi Allah tauu ! dalam berbillion2 umat, makhluknya kat dunia ni, Allah bercerita ttg amal kita pd malaikatNya, takkan tak rasa apa-apa kot ? *mood excited*

and yes, untuk jadi seseorang seperti itu bukan mudah. tetapi, ia juga bukan mustahil. insyaAllah jika kita ikhlas ingin lakukannya, Allah pasti bantu kita. ingat ayat 69, surah Al-Ankabut ? dont care about making others proud with us, what we should care about is making Allah proud with us. its never too late to start. lets take the first step, shall we ? :)

July 18, 2012

Ahlan wasahlan :)

InsyaAllah, tak lama dah lagi syaaban akan sampai penghujungnya, dan Ramadhan akan mengambil tempat. Allahumma balighna ramadhan, Ya Allah. semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan istimewa ini ^_^

kita sering dengar, Ramadhan bulan istimewa bagi orang islam, orang mukmin. Ramadhan bulan penyucian, di mana kita belajar mengawal diri. bukan sahaja dari makan, minum, tapi hawa nafsu yang sering menggoda diri kan. saya tertarik dengan satu perkongsian oleh seorang akhi baru-baru ini. dia mengatakan, Ramadhan ini bulan istimewa, kerana Ramadhan adalah tempat  di mana Allah mengumpul semuaaaa umat Islam di dalam satu bulan dan menumpukan pd ibadah yang khusus - puasa. kalau kita sahur, puasa, berbuka, terawih sorang2 kt rumah pun. masih ada lagi di luar sana yang bersahur, berpuasa, terawih juga sorang2 kat rumah. you're not alone, never alone. kalau dapat solat berjemaah dengan keluarga dan sahabat pun dah terasa indah, inikan pula kita nak berjemaah berpuasa dengan seluruh umat islam ! Subhanallah. cantik kan perancangan Allah ? :)

sejauh mana kita, kita semua ni bersedia untuk bertemu dan berkumpul dengan saudara-saudara kita yang lain ni ? kalau nak pulang beraya jumpa keluarga kat kampung pun kita dah sibuk persiapkan diri dgn pakaian cantik-cantik, dengan souvenir lagi. ni kita nak berkumpul dengan semuaaaa saudara seislam kita ni, takkan nak bawak baju yang compang-camping je kann ? *smile*

dan kalau kita mahu istiqamah dalam ibadah kita di bulan ramadhan kelak, bukankah lebih praktikal kita mulakan latihannya sekarang. practice makes perfect kan ? hihii.. saya tak mahu cerita panjang, tapi nak share borang checklist untuk ramadhan kita, and few videos yang menarik sangat sempena ramadhan ini ! 


VIDEOS 


kalau sahabat dahulu mampu memenangi perang badar dalam bulan ramadhan, apa kata kita pula cuba memenangi perang melawan hawa nafsu dalam ramadhan kali ni. Semoga kita semua mampu jadi graduan terbaik apabila menjelang 1syawal kelak, insyaAllah :)

July 11, 2012

JOM ! merehatkan minda di malam hari. sambil menanamkan rasa rindu pada Rasulullah. :')
All the poetry ever written
Every verse and every line
All the love songs in the world
Every melody and rhyme
If they were combined
They would still be unable to express
What I want to define
When I try to describe my love for you 

July 8, 2012

senyumlah sayang.

orang kata  :
"hati akan gembira bila kita mampu buat orang tersenyum"
tapi saya kata :
"hati akan lebih bahagia bila kita mampu buat orang tersenyum ketika diuji Allah"

senyum sayang, Allah melihat setiap usaha.
senyum sayang, kerana Allah rindukan rintihanmu.
senyum sayang, kerana ujian itu tanda sayang-Nya padamu.
senyumlah kerana kau telah diberi bukti Dia rindukan, sayangkan dirimu :)


p/s : entry ni specially dedicate to you. i love you sister, fillah :)

November 17, 2011

last, insyaAllah :D

Salam :))

I'm not supposed to be updating my blog dalam masa terdekat ni, since my finals is just 2weeks away. But just now, i chatted with a friend and she asked me to update this blog, writing something about me. err but isn't that what i've been doing all this time ? tak eh ? heheee. i didn't know where to start, what to write, nothing interesting to share i guess. err but i think i have one thing to share ;p

i just had my last class yesterday. its my p4 class. well, what do u expect, mestilah excited+happy habis kelas kan ? i bet u would feel the same thing :D. but.... i forgot something, it is my last class here in london, my last class in lsbf, no more going to class by bus, by tube, my last class as an ACCA student, insyaAllah. and all of sudden, all the excitement gone. yang ada risau, cuak, nervous dan sewaktu dengannya~ ;p

aimi asked me last week  "ika, next week last class kan ? apa perasaan last class." and at that time, i was like "apa random sangat ni aimi ? biasa jee. tade perasaan. hehee. kenapa ? " and she said, " takla, ni kan last yang memang last. insyaAllah kalau awak pass these papers, memang tade klas dah laa lepasnih. *grin*" and i was speechless that time. serious tak tahu nak jawab apa.

im taking P7[audit] and P4[finance] this semester. and i hope, really really hope this coming december will be my final sitting as an ACCA student. but honestly, im seriously scared. sometimes i even thought "kenapalaaa pergi pilih amek audit and finance instead costing and tax ?". and there's time i felt like wanna give up especially bila buat past year tengok soalan macam "kita ada belajar ke benda ni?" hahahaa.

and i remembered what Fred told us in class. he is my P4 lecturer and sangat motivating, hehee..  he keep reminding us in the class :

"yes, the paper is tough, but don't give up."
"the reason i told you not to give up is because, if you think the questions are killing you, dont worry, it kills thousand of others too. remember, you're not doing it alone. thousands of other P4 candidates are going through the same thing"


*smiled*

dan saya yakin dengan janji Allah :

Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

 sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
(94;4-5)




lepastu teringat masa pergi daurah notts. speaker cakap[err tak igt pkcik yaakob ke ustaz yang ckp;p]. pesan kat diri, lepasni cakap :

saya boleh ! bila Allah izinkan :D

yes seronok nak habis belajar dah..
 tp dont want to think much. sebab acca tak tentu. 
insyaAllah hope last. sebab jauh lg perjalanan ni. Ameen, Ameen.
 please please doakan saya juga yee^_^ 

Jazakallahu khairan :))

November 14, 2011

ku mohon :)

I have nothing to say. tapi harini mood nak dengar lagu sheila majid tiba tiba. hehee.
And rasa nak share this one, niceeee !
its jazz tp the lyrics, kalau buat nasyid pun okaay :p


Setiap hari ku mohon 

Agar Kau sentiasa 

Memberiku ketenangan 

Dalam hati kekuatan 
Menempuhi segala 
Dugaan yang mencabar ini 
Pasti, punya ertinya



Engkau beriku harapan 

Menjawab s'gala persoalan 

Hadapi semua dalam tenang 
Dengan merasa kesyukuran 
Ku doa Kau selalu 
Mengawasi gerak-geriku 
Berkatilah... ku perlu rahmat darimu






Chorus: 

Oh Tuhan, terangkan hati dalam sanubariku 

Untuk menempuhi segala 
Hidup penuh cabaran ini 
Oh Tuhan, ku berserah segalanya kepada Mu 
Agar jiwaku tenang 
Dalam bimbingan mu, selalu



Adakala ku merasa 

Hidup ini seperti kaca 

Jikalau tidak bersabar 
Hancur berderailah akhirnya 
Tabahkanlah hatiku 
Melalui semua itu, oh 
Kuatkanlah, cekalkanlah diriku




Curahkanlah nikmat Mu 

Pada hidupku



*yes, im known among myfriends to be the one yang gila lagu classics ;p
*source : tumblr :))

November 12, 2011

kalau kita, redha macam ni ke ?

Bismillah.. 

i know some of you maybe had already watched the vid. but still, tengoklah sekali lagi. mungkin pandangan kedua tak sama dengan pandangan pertama ^_^



Subhanallah.. seriously nak nangis tengok video nie. im amazed, im speechless, sume ada..

rasa nak nangis sebab rasa macam- yes kita tahu binatang tak ada akal, tp they seem more pious than some of us human being, and thats including me T_T

rasa nak nangis sebab rasa macam- their total submission tu macam sangat yakin dengan janji Allah. bila agaknya i could reach that point. yang memang pasrah sepenuhnya, ikhlas sepenuhnya untuk redha with everything He had planned for me ;(

rasa nak nangis sebab rasa macam- selalu baca ayat  ni sebab ada dalam mathurat :


Bismillahillazi la yadurru ma’asmihi syai’un fil ardi walaa fissama’ii, Wa huwassami ul ‘alim. 

(Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya apa sahaja di bumi dan langit, Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui)



(In the name of Allah, by whose name nothing is harmed! Neither on earth nor in the heavens
and He is the all-Seeing, the all-Knowing )


tapi betulke memaknai ayat ni~ betulke meresap dalam hati ?
or just baca sebab ada dalam mathurat ? hmmm..

okay macam emo pulak ayat dalam entry nie. im not~ 
cuma entahlaah speechless. taleh nak describe ;p
im just sharing it here sebab nant nak tengok balik senang, hehee.
and i thought maybe if ada orang tak tengok lagi, bolehlah tengok and share your view too ^_^
oh i just posted the 2nd part of the vids, sebab ni yang paling menyentuh, buat rasa nak nangis ;p


*oh, i have deactivated my fb, maybe till final or even after that. hehee. so now im just on twitter :))

November 10, 2011

ada.. dalam hati :)

Bismillah~


"esok kita tadee. keluar.."
"awak nak peg mana ? haaa jumpa boyfriend eh ?"
"hahaa.. mana adaaa.. nak jumpa kawan lah.."
"eh lupa, awak takde special kan ? kte kenalkan orang nak ?"
"aish siapa kata tak ada ? ada laaah."
"yeee ? kat manaa ? Malaysia ?"

"taklah. dalam hati *grin*"
"amboyyy budak ni..  siapaaa ?"
"Dia *tunjuk atas, smile*"

*i wish i could do that too one day :)

October 6, 2011

mereka (:

 i was having small prep talk with my hsemates just now. then we talked about our highschool. reminiscing back, oh my, i miss them. the people, the laughter, the classes, the noise *err. hahaa*. i missed being scold by mira n raihana cause keep teasing pkachu. hahaa ;p. here's some pictures of us in form5. the lyrics ! owh yeah ! our tagline~ hahahaa ;D




i wont forget you guys, insyaAllah.
err atleast will not intentionally. hahahaa ;p

September 12, 2011

bapak ke ayah ke abi ke walid ke abah ke, tak kisahlah :)

Assalamualaikum~ ^_^
lamanyaaaa tak menulis dekat sini~ rindu pulak. nak tulis pengalaman ramadhan&syawal di london. 

tapi macam kekangan masa tu byk pulak. heheee. will do, soon insyaAllah (:

tapi sekarang nk kongsi an article kawan bagi kat facebook. not literally bg directly, tp kira dia share laa ;p

rinduuu rumah, rinduuu bapak, rinduuu mak~ huuuu T_T


::Yang Tidak Bisa Diucapkan Oleh Ayah..::



Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang
bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar
negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...
Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan
AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahawa sekembalinya ayah dari bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari puteri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahawa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang
sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan
minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan
menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar
mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbual berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatir dan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahawa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"
Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang
Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan
ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.
Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai
dengan keinginan ayah.



Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahawa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.


Dan akhirnya....
Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang
Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun
tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu
ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis?
Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa
....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku
telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah
menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Ana mendapatkan notes ini dari seorang sahabat, dan mungkin ada baiknya jika ana berkongsinya kepada sahabat-sahabat ana yang lain.Yup, banyak hal yang mungkin tidak bisa dikatakan Ayah / Bapak /Abi/Walid/Abah/ Papi kita...tapi setidaknya kini kita mengerti apa yang tersembunyi dibalik hatinya.

wallahu a'alam.

August 1, 2011

Ramadhan dua zaman.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Al-Mubarak ;D
[somehow, i love the arabic language lately. beauty~ hehee]

nothing much to say, terdengar lagu ni myfriend bagi. lirik dia~ ouch. *terasa nak nangis ;(
moga moga ramadhan kita berakhir dengan takbir kemenangan juga, insyaAllah ;D



Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Ramadhan kami malam terbuang

Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah Nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu

Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan

Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga



July 27, 2011

july - the month of loves ;D

salam semua ^_^

today nak buat entry bergambar. hehee.
Alhamdulillah there's many happyy things happened this month.
ye, sedih pun banyak jugak, tp buat apa dikenang yg sedih kan ?
heheee. mari mari sy nak share apa yg best ;D
[gambar tak ikut susunan;p]

start with this. one great experience with great people! :D 

 all my family, wish im there too :(
congratulations to my brother arep+kak wana! :))



a visit to british museum

lunch with these people, nicee :)

Add caption

oovoo with parents+brothers *loves*

mom's birthday [14/7]
dad's birthday [20/7]

p/s: and now here i am at home, bertemankan fever :(

July 22, 2011

being strong~




yeah, I AM! insyaAllah ;D

July 21, 2011

220th.



the pictures tells it all.
i missed them.
i love them.
always :))

*thanx to oovoo :D

July 12, 2011

wales-italy-paris.

ini sambungan teaser :))

few weeks ago, kak ili sent me an email about a programme in Wales. tapi sebab sibuk nak finals so macam 'tape nant lah fikir nak perg ke tak'.. then bila dah habis exam, went out with some friends and lupa dah bout that. sampai bila ktorg sembang sembang and,

A : hows our holidays plan ?
me: ada plan apa apa ke ?
H : yala.. A said want to go italy. she used to live there.
me : woah serious ? bila nak peg ? dah survey tiket sume ?
A : belum, balik ni laa jom survey. kte pergi next week ke mcm tu..


mestilah nak tgk benda alah ni dekat dekat kan ? ;p
and bila smpai A's house. ktorg pun online check check tickets sume.. then according to plan, price yg considerable, boleh pergi around 27/6-4 or 5/7 mcm tu. tengah best best plan ni. tiba tiba teringat email kak ili. the programme was on 2-3rd july. dalam hati dah macam 'alaa, takkan nk peg wales sorg2, baik peg italy'.  huhuuu.. then talked to a senior which i had the conversation in 'teaser'.. balik rumah skype with kiwan and masa tu mcm dah nekad 'kalau ada org lain dari london peg, bolehla peg je wales tu'. then masa ckp ckp ngan kiwan, kak ili called.

kak ili : ika nak pergi ke ASAP ? anis kata insyaAllah dia pergi.
me : oh yeke. urmm.. macam nak pergi je.
kak ili : kalau ika nak pergi, anis belum beli tiket. akak boleh mintak tlg dia belikan sekali,
me : haa. urm bolehlaa ika pergi.
kak ili : Alhamdulillah. okay nant akak bagitahu anis. 


dalam hati masa tu macam  'amboy senang je decide ika. main cakap je nak pergi'. tp bila igt kak N cakap, i think kalau Allah takdirkan meninggal at that time [alhamdulillah pnjang lg umur :)], rasanya lebih baik tengah belajar kat ASAP dari jalan jalan kat italy. well, thats my opinion, mungkin orang lain rasa lain kan :))

sy nak cerita pasal ASAP tu, tapi lari topik nanti. sebab tujuan sebenar nak cerita ni, nak share.. bila kita lepaskan satu yang kita nak sangat, yang kita rasa rugi sangat tak dapat [in this case, trip to italy], insyaAllah Dia janjikan sesuatu yang lebih menarik, lebih baik bagi kita.



dan bagi saya, walaupun terlepas peluang ke italy, tapi saya dapat ke Leicester. kenal dengan Seha, kak didi, kak mai, kak wan mai. dan lepastu bila ke ASAP di Lougborough, kenal ramaaaaai lagi yang lain. dapat belajar benda benda yang selama ni tak pernah tahu pun [ mungkin tak pernah nak amik tahu pun;( ]

tp dapat tgk benda alah ni pulak dekat dekat :))
lepastu bila balik ke London, Alhamdulillah Allah temukan dengan kak lina and her parents. dapat merasa kedai kedai Malaysian di London ni. kalau sendiri memang tak laa nak perg. orang kata, baik masak sendiri kan. hehee. dan mereka bawa join daytrip to Paris. yes, segan sangat sangat nak ikut, tapi tuelah. rezeki Allah kan di mana-mana, bila-bila masa saja. tak terlintas lansung dapat nak peg Paris cuti ni.  kak N cakap 'mungkin ni hikmah ika lepaskan the italy's trip tu kan?' yes, mungkin jugak.  orang selalu cakap, Allah's plans are always better than mine. true enough because Allah knows best kan ? :))

teringat kak kiwan cakap dulu :
awak terlepas satu event ni. Mungkin Allah ganti banyak lagi yang lain lepas ni. insyaAllah :)

*oh tapi trip to italy tu mmg dah cancel terus lepastu. heheee ;p

July 8, 2011

teaser..

Salam semua :))

ika : Alaa akak, ika tak tahu lg. dua dua pun ika tak pernah peg, dua dua pun menarik, macam mana ni?
kak N : *senyum* fikir la betul betul. ikut ika laa nak peg yang mana. takpun buat je istikharah.
ika : hehee. insyaAllah nant ika buat. tp kalau akak, peg yang mana ?
kak N : akak pergi yang mana yang akak rasa  "kalau ditakdirkan ajal akak kat tempat tu, waktu tu, sekurang-kurangnya akak bersyukur, gembira berada kat situ"
ika : err ? apa akak cakap ni....
kak  N : kalau ika pergi V, jalan jalan and have fun. lepastu kalau ditakdirkan meninggal waktu tu, ika rasa worth it tak ? macam tu jugak yang satu lagi. ika pergi belajar sambil jalan jalan and have fun jugak, kalau meninggal waktu tu, rasanya worth it tak ?
ika : haa, nak kena fikir macam tu ke ?
kak  N : akak tak suruh fikir macamtu, tp tu salah satu cara akak buat decision. its all on you sis *senyum*



*ini bukan novel, ini bukan cerpen, ini cuma satu cerita yang sy nak kongsi, tp cuma sempat tulis panjang ni je dulu ;p..
 bila cakap ngan kak N nak tulis ni kat blog, dia cakap okay je tp kalau boleh tayahla mention nama. so thats why tulis kak N jee :)) 

June 19, 2011

thankyou bapak :))


dari kecik sampai besar orang selalu ckp, "ika nih rapat dengan bapak dia".
and yes, i miss him a lot like super duper lot when im here.  i used to tell him every single thing i learned, every single thing that happened in my everyday life in uitm when he picked me up from seroja on friday. and i missed doing that. but, i've learned to be a big girl now. though im still 'daddy's little girl' hehee. thankyou soooooo much bapak for all these time. thank you for bearing with my spoilt behaviours. hehee. and thank you sangat sangat sebab hantar ika datang sini. banyak sangat benda ika belajar, banyak sangat benda ika sedar, and i will try to keep on learning, improving myself. , and i really hope i wont dissappoint you. insyaAllah. i'll take good care of myself, Allah ada with me kan ^_^. doakan ika kat sini ye.  iloveyouuuu! always n always. HAPPY FATHER's DAY ;))

May 25, 2011

200th

salam :))

its my 200th posts! yes, after 4yrs baru 200th? lame ika lame. hahaaa.
anyway, im happy today. like super duper happy ! yeayy ! oppss salah. Alhamdulillah :)
i had this one 'great' conversation with my sister, khirwan nadheera.
i'm happy for her and i want to be like that too. insyaAllah.
kita kayuh sama sama eh kak kiwan ? iloveyouuu! :))

teringat kat twitter td ada shamim RT
"Exam, exam jugak. Hubungan dengan Allah sememangnya kena jaga. Begitu juga dgn hubungan sesama manusia"
hati rasa seronok bila ada kwn2 ingatkan kita pasal Dia selalu kan :)