What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS
Showing posts with label rants. Show all posts
Showing posts with label rants. Show all posts

April 22, 2014

tulisan hati #11


something that ive never felt before.
something that ive never thought of before.
and it makes me wonder....

whats gonna happen next
whats gonna be their reactions
whats waiting at the end of the journey
whats gonna be the end of the story
questions without answers.

but one thing for sure.
i hope. and i pray that whatever happened,
Allah will guide me through it, and give me strength. to be a grateful servant of His through thick and thin.

#dah lama tak buat curhat kt sini :p

November 17, 2012

jazakillah khair sister :)


"awak kenapa dah lamaaaaaa sangat tak update blog tu?"
"hehee. malas lah. i think i lost interest in blogging. dah tak boleh masuk list hobby dah ni. hahaa"
"hahaa. boleh pulak macam tu eh. hmm tapi kan.."
"tapi... ?"
"haritu kita tnya seorang akhawat ni macam mana dia boleh maintain menulis blog. dah bertahun-tahun dah. jawapan dia *thumbs up*! dia cakap kalau menulis kerana hobby, mmg akan ada masanya kita mula berasa bosan dengan hobby itu. rasa malas dah lah nak buat. tapi, menulis lah kerana Allah, kerana ingin berdakwah, insyaAllah, Allah akan terus tanamkan passion untuk menulis itu dalam diri kita. awak tak nak try ke ? try start menulis balik *smile*"
"......"



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
salah satu perkara yang buat saya sangat sayangkan akhawat di jalan ini. setiap bait kata, ada sahaja terselit nasihat, terselit peringatan. bahawa hidup ni bukan setakat just what i want to do, what i love to do. its beyond that. jazakillah khair sister for the reminder.

insyaAllah awak, i will try.
menulis dari hati kerana Allah, untuk menyentuh hati keranaNya juga insyaAllah :)

p/s : yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. insyaAllah, 5 dec onwards. heheee. doakan kami cima and acca students for the final exams ye !

doa and salam,
haikadove :)

August 17, 2012

its coming to an end ;'(

sedih pula rasanya bila terbaca status-status seperti :

"hari ni dah hari ke28. lusa mungkin raya dah"
"off to kampung ! *raya mode is on*"

tapi paling sayu sekali bila terbaca yang ni
"harini jumaat terakhir dalam bulan ramadhan tahun ini. mungkinkah kita ada lagi jumaat depan ?"

Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. kalau dikala masuk je malam ke-20. penuh status-status, tweets mengejar, mencari lailaturqadar. kini semua semakin pudar, bertukar ganti mengejar, mencari baju raya, kasut raya pula. tapi dalam masa mencari keperluan-keperluan raya tu. jom semak balik our ramadhan goals awal-awal dulu. dah tertunai ke belum ? kalau masih belum, masih ada masa lagi ni untuk tunaikan. kalau yang dah tak mampu, jom muhasabah diri balik. mungkin ada kesilapan kita sana sini sikit, sebab tu Allah mahu kita perbaiki diri lebih lagi :)

haihh.. belum habis lagi ramadhan tahun ni, tapi dah mula terasa rindu pula ;'(
semoga kita semua mampu melangkah menjadi graduan ramadhan dengan keputusan yang cemerlang.
teringat kata-kata ustaz di tv9 semalam yang menceritakan tentang umar abdul aziz ketika anaknya meminta pakaian baru untuk berhari raya. katanya,
"wahai anakku, bukanlah pakaian baru yang penting bila melangkah keluar dari ramadhan. tetapi taqwa baru itu yang lebih penting bila melangkah dari ramadhan ini."

p/s : jom check balik pakaian taqwa kita ? semakin putih atau hitam ? sudah cantik atau masih compang camping lagi ? :)

July 26, 2012

100% hadiah Allah :)

Alhamdulillah sejak 1 ramadhan haritu, rasa macam hari free sikit. Allah bagi peluang untuk fully utilised this month mungkin ? :)

well, some people did asked me.
"awak kan dah tade kelas. tak kerja lagi, apa yang busy sangat ni."
"tak kerja pun busy ke?"


err.. okay. mungkin saya belum lagi bekerja di dalam pejabat. belum officially bergelar akauntan/auditor atau sewaktu dgnnya. tapi yes, saya ke-busy-an sedikit last few weeks. busy with camps and helping my mom with her booths.

oh yeah, talking about booth. saya rasa banyaaaaak sangat belajar bila ikut mak bukak booth sana sini. belajar bersabar dengan pelbagai karenah. belajar berdikari setup booth, tutup booth semua. dan paling penting sekali, belajar mensyukuri nikmat rezeki yang Allah bagi. dan belajar tawakal sepenuhnya pada Dia untuk rezeki kita hari-hari ni.

serious, rasa macam sangat kagum dengan cara Allah nak buktikan rezeki tu memang 100% darinya. segala yang berlaku sekeliling ni cuma perantaraan saja. yes, dulu masa awal-awal berniaga. selalu fikir
"takde orang pun kat sini. mana nak ada sale."
"oh, area tu ramai orang. boleh meletup-letup lah nanti."



okay, mungkin awak nak cakap. kita berniaga memang kena cari kawasan strategik, cari area yang kita boleh jual barang kita. tapi jangan lupa, mencari kwsn strategik tu cuma satu usaha kita sahaja, rezeki yang kita dapat di situ, semuaaaaa Allah yang bagi, bukan sebab ramai orang ke, bukan sebab barang kita berkualiti ke, tapi sebab Allah.

why did i say that ? because ive experienced it ! di tempat yang rasa macam "memang tak dapat sales banyak lah ni, tak ramai orang. duit pt tak masuk lagi pulak tu." taaaapi, Allah nak sedarkan balik, tup tup ada seorang budak datang. try itu ini, pilih pilih. lepastu bayar, tiba-tiba dah dapat RM100+ ! datang pulak kakak sorang lagi, pilih pilih, lepastu bayar almost RM200. haaaa tak ke macam "err, tuelah. kalau Allah nak bg rezeki, ramai ke tak ramai orang, adelah sales tue." 

and vice versa, dlm pada rasa macam tempat tu boleh buat sales "juta-juta", tiba-tiba seharian duduk melanguk je, sebab memang ramai students datang jenguk. tapi semua pegang, letak, pegang, letak. dan bila diri dah mula tamak sikit, dah sampai target, tapi nak lebih punya pasal, taknak tutup kedai lagi. nak tunggu jugak mana tahu ada orang datang beli lagi. taaaaapi, tunggu lebih sejam pun, orang keluar masuk je, tak ada yang membeli. hmmm. bukan ke tu bukti Allah nak kata "bukan sebab ramai orang sales kita banyak, tapi sebab Allah yg tetapkan rezeki kita banyak tu. tunggulah lama mana pun, kalau itu yang Allah tetapkan, tak akan bertambah atau berkurang dari itu." :)

i dont know if you, the one who reading this feel anything. tapi saya sangaaaaaat amazed ! memang bila difikirkan balik. Ya Allah, sebenarnya pergantunganku mungkin belum sepenuhnya padaMu, sebab itu banyaaak Allah nak tunjuk dalam pada berniaga ni. Alhamdulillah, Allah tegur kerana sayangkan kita, mahu kita kembali padaNya kan ? Ambillah pelajaran dalam setiap perkara, tarbiyyah Allah ada dimana-mana =)

"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan]nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq ; 3)

July 23, 2012

lets take the first step shall we ? :)

Salam semua.

Alhamdulillah, dah masuk 3 Ramadhan 1433H dah harini kan ? hows ur days so far ? berjaya kekalkan/tambah mutabaah amal tak ? jangan berkurang pulak eh. hehee :)

Pagi tadi, untuk mengelakkan tidur lepas subuh, maka menggagahkan diri untuk online. agak lama juga tak scrolldown timeline FB tue. Alhamdulillah, ada something Allah nak tunjuk. ternampak ada seorang akhwat post status ni :

Daripada Hazrat 'Ubadah Bin Somit R.A sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang kepada kami, " Telah datang kepada kamu Ramadhan, bulan yang diberkati. Allah SWT akan MENUMPUKAN perhatianNya kepadamu dalam bulan Ramadhan, lalu dia akan menurunkan rahmat dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan PERLUMBAAN kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada malaikatNya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah orang yang telah dijauhkan daripada rahmat Allah pada bulan ini.


jujur, part kita paling suka is "Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada malaikatNya." awhh. sweet kan Allah ? dan teringat a conversation with some old friends dulu. where a proud boyfriend told us he's proud and happy that his girl would do this and that, leave this and that just for him. just to make him happy. and yeah, he brag about it to us. and his girl tersenyum lebar gembira dgr bf dia bercerita pasal dia. 

and now terfikir, kalau orang bercerita ttg kita pun kita dah happy macam tue. tgh bayangkan, what if i did all that just for Him, just to make Him happy. and Allah bercerita ttg kita pada malaikatNya. Allahu, tak boleh nak gambarkan mcm mana gembira perasaan tue ! ni bukan setakat mak, ayah, abg, kakak, adik, suami, isteri yang berbangga dengan kita ni, tapi Allah tauu ! dalam berbillion2 umat, makhluknya kat dunia ni, Allah bercerita ttg amal kita pd malaikatNya, takkan tak rasa apa-apa kot ? *mood excited*

and yes, untuk jadi seseorang seperti itu bukan mudah. tetapi, ia juga bukan mustahil. insyaAllah jika kita ikhlas ingin lakukannya, Allah pasti bantu kita. ingat ayat 69, surah Al-Ankabut ? dont care about making others proud with us, what we should care about is making Allah proud with us. its never too late to start. lets take the first step, shall we ? :)

July 18, 2012

Ahlan wasahlan :)

InsyaAllah, tak lama dah lagi syaaban akan sampai penghujungnya, dan Ramadhan akan mengambil tempat. Allahumma balighna ramadhan, Ya Allah. semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan istimewa ini ^_^

kita sering dengar, Ramadhan bulan istimewa bagi orang islam, orang mukmin. Ramadhan bulan penyucian, di mana kita belajar mengawal diri. bukan sahaja dari makan, minum, tapi hawa nafsu yang sering menggoda diri kan. saya tertarik dengan satu perkongsian oleh seorang akhi baru-baru ini. dia mengatakan, Ramadhan ini bulan istimewa, kerana Ramadhan adalah tempat  di mana Allah mengumpul semuaaaa umat Islam di dalam satu bulan dan menumpukan pd ibadah yang khusus - puasa. kalau kita sahur, puasa, berbuka, terawih sorang2 kt rumah pun. masih ada lagi di luar sana yang bersahur, berpuasa, terawih juga sorang2 kat rumah. you're not alone, never alone. kalau dapat solat berjemaah dengan keluarga dan sahabat pun dah terasa indah, inikan pula kita nak berjemaah berpuasa dengan seluruh umat islam ! Subhanallah. cantik kan perancangan Allah ? :)

sejauh mana kita, kita semua ni bersedia untuk bertemu dan berkumpul dengan saudara-saudara kita yang lain ni ? kalau nak pulang beraya jumpa keluarga kat kampung pun kita dah sibuk persiapkan diri dgn pakaian cantik-cantik, dengan souvenir lagi. ni kita nak berkumpul dengan semuaaaa saudara seislam kita ni, takkan nak bawak baju yang compang-camping je kann ? *smile*

dan kalau kita mahu istiqamah dalam ibadah kita di bulan ramadhan kelak, bukankah lebih praktikal kita mulakan latihannya sekarang. practice makes perfect kan ? hihii.. saya tak mahu cerita panjang, tapi nak share borang checklist untuk ramadhan kita, and few videos yang menarik sangat sempena ramadhan ini ! 


VIDEOS 


kalau sahabat dahulu mampu memenangi perang badar dalam bulan ramadhan, apa kata kita pula cuba memenangi perang melawan hawa nafsu dalam ramadhan kali ni. Semoga kita semua mampu jadi graduan terbaik apabila menjelang 1syawal kelak, insyaAllah :)

July 10, 2012

selfish huh ?

selalunya kita akan dengar orang cakap
"treat others as how you want to be treated"

tapi nampak tak sedikit selfish dalam statement di atas ? huhuu. kita layan orang sebegitu kerana kita mahu dilayan sebegitu. so in the end, its about us, not about them kan ? dan masa tengah baca buku "Dalam Dekapan Ukhwah" baru-baru ini, penulis ada mengupas serba sedikit tentang ini. dan saya rasa quote yang digunakan lebih menarik. that is :
"treat others as how they want to be treated"

masalah sekarang, macam mana kalau kita tengah ada makanan, tapi kawan kita tengah haus. jadi kita mahu ajak dia makan ke pergi belikan dia minuman ? jika kita terus-terusan menyuap makanan kepada orang yang haus, pasti lambat laun dia akan pergi kepada orang yang mampu memberikannya minuman untuk menghilangkan dahaga. dan saya pasti, konsep ini sangat penting dalam kita mendekati mad'u masing-masing. kenal pasti apa yang mereka perlukan. they said "try to walk in their shoes to know what they been through".

soooooo, jom kita muhasabah balik, lihat kembali apa yang kita lakukan selama ni ? are we treating others to ensure they treat us well in future, or are we treating them because they deserve to be treated well ? *wink2*

July 9, 2012

kuatkah kita ?

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah hari ni diberi kelapangan masa sikit. sekurang-kurangnya bolehlah curi masa update blog terbengkalai ni kan. hihii. these past few weeks was quite hectic for me. jangankan nak online menulis panjang-panjang. nak on laptop pun tak sempat. kesian laptop ni terbiar sendirian atas meja *lap-lap habuk sikit*

I used to hear that people said :
"Masa student ni lah boleh all out in D&T."
"cabaran yg lebih kuat seorang dai'e adalah selepas bekerja dan berkahwin."

dan dulu, kalau dengar sisters, brothers cakap macam tu, i would like 'alaa, masa student ni pun banyak je cabaran.' tapi, the past few weeks, i realise all that was true. memang masa student banyak cabaran. tapi kesibukan belajar dan kesibukan bekerja tu jauuuuuh berbeza. belajar kita boleh bahagikan masa. boleh pergi buat D&T, dan kemudian stay up untuk study. tapi waktu bekerja tak boleh diganti-ganti macam itu. waktu bekerja itu tetap dan kita kena flexiblekan waktu D&T pula ? susah. serious susah. dan saya belum lagi melangkah alam pekerjaan yang sebenar. yang memerlukan kita punch in 8.30 and punchout 5.30 itu. belum ! yang saya lalui dua minggu sudah tu mungkin cuma 20% daripada kesibukan bekerja officehour. dan itu pun sudah pening kepala nak membahagikan masa T_T

dan sekarang rasa sangat kagum dengan murabbi-murabbi osem yang sudah bekerjaya tetapi sangat aktif dalam D&T. setiap program mereka ada. setiap program mereka ambil tahu. setiap masalah mad'u mereka beri perhatian. Allahu, kuatnya semangat mereka ! teringat seorang akhi pernah cakap "jikalau para anbiya'  berputus asa, tiada semangat yg kuat untuk mengembangkan islam, agaknya kita dapat ke merasa nikmat iman dan islam sekarang ?" "dan kalau kita kini lemah longlai, tiada semangat seperti itu, agaknya generasi anak-cucu-cicit kita kelak kenal lagi tak nikmat iman dan islam ?" *nangis laju-laju*

untuk diri yang baru ingin melangkah ke alam itu, mari kita persiapkan diri. fizikal dan spritual dan mental. ya, bukan mudah. tapi ingatlah, mujahadah itu pahit, tetapi syurga itu indah. semoga Allah sentiasa tetapkan kita, kuatkan kita untuk berada di jalanNya, jalan yang diredhaiNya, diberkatiNya. Aminn :))

July 8, 2012

senyumlah sayang.

orang kata  :
"hati akan gembira bila kita mampu buat orang tersenyum"
tapi saya kata :
"hati akan lebih bahagia bila kita mampu buat orang tersenyum ketika diuji Allah"

senyum sayang, Allah melihat setiap usaha.
senyum sayang, kerana Allah rindukan rintihanmu.
senyum sayang, kerana ujian itu tanda sayang-Nya padamu.
senyumlah kerana kau telah diberi bukti Dia rindukan, sayangkan dirimu :)


p/s : entry ni specially dedicate to you. i love you sister, fillah :)

June 24, 2012

jeng jeng ;p

goodnews goodnews !

Alhamdulillah. finally, got a new charger for my beloved laptop. thanks to bapak ! and yeah, could updates more frequently after this inshaAllah and jeng jeng. i want to touchup my resume bg cantik and tadaaa, im ready for some job hunting inshaAllah.

please, do pray for me eh sahabat semua ?
jazakumullahukhairankathira ^__^

June 20, 2012

im back ;)

salam :)

tak lama pun privatekan blog ini. Alhamdulillah rasanya dah nampak 'arah' yang dicari. doakan saya tak tersalah arah ye ? :)

im back with so much things to share. tapi charger laptop saya rosak, jadi susah sikit nak update entry. tapi malam ni nak share something yang dibaca haritu.

"kami tak tahu ini adalah rahmat/musibah. tetapi kami berbaik sangka dengan Allah"

seriously, i love this quote ! dan sy juga tak tahu mengpublickan balik blog ini decision yg betul, tapi saya nak pilih berbaik sangka dgn apa yg Allah dah tetapkan ni ;)

p/s ; berjaya publickan blog guna laptop yazi. jzkk ^__^
dan berjaya tulis entry guna handphone kali ni ! ;D

May 29, 2012

melangkah kembali ;)

betullah orang cakap. nak istiqamah ni susah sangat. jauh lagi susah dari nak berubah.
bila sekali dah tinggal, tend to leave it again. and again and again. smpai bila nak mula melangkah balik terasa berat sangat :(

Ya Allah, ampunkan aku Ya Allah T_T
bantulah hambaMu ini melangkah dengan lebih yakin.
dengan lebih laju di jalanMu Ya Allah
kerna aku yakin dengan janjiMu


And those who strive hard in us, We shall surely guide them in Our paths; 
verily Allah is with the welldoers. 
(Al-Ankabut ; 69)

May 21, 2012

bebas dari expectation.

sejak mengprivatekan blog malam semalam. dah tiga entry ditulis ! ehehee..
okay, satu kemajuan ni. mungkin patut private je smpai bila-bila ;p

tulisan hati #9

" i love the environment here. thought of moving here later. maybe after im done with study or after passed some stages of life. hahaa " - a friend of mine said this yesterday.

dan tiba-tiba rasa nak menulis. lepaskan rindu pada bumi tarbiyah itu :)
masa dekat sana sibuk sangat nak balik. bila dah balik,terindu-rindu suasana kat sana.
dulu sebelum balik ramai akhawat cakap "awak betul nak balik for good ni ika ? kat sana lg banyak cabaran tau."  and i just smiled "hehee akak ni. sy seriousla nak balik"
and yes, once im back, terasa semua yang dikatakan tu benar. banyak cabaran tu. cabaran yang cukup berbeza dari kehidupan kat sana. cabaran yang lebih memerlukan kekuatan dalam diri. memerlukan kekuatan dari-Nya. 

tipulah kalau kata tak rindu pada tempat tempat cantik di sana. tak rindu pada kemudahan2, tak rindu pada biah yang membina. tak rindu pada RI-RI yang sgt welcoming dan heartwarming. sampai adakala terfikir, i would love to be back there again. nak lari balik sana balik, menguatkan diri di tempat orang. tapi tersedar, ini medan sebenar. takkan nak berhenti berjuang sebelum capai kemenangan kan ? takkan cuma sebab susah menginfluence org terdekat, terus mahu berputus asa kan ? T_T

yes, niat nak pergi ke sana lagi masih belum hilang, masih belum dipadamkan. tapi sementara berada di sini, di medan sebenar, tempat berjuang sebenar, insyaAllah tak mahu disia-siakan lagi. 

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" 
[At-Taubah, 9:41]


*jgn lupa, jihad bukan sekadar mengangkat senjata di medan perang. melawan hawa nafsu juga adalah jihad, belajar kerana Allah itu jugak jihad :)

May 11, 2012

solat itu..
bukan hanya semasa sakit. bukan juga hanya sewaktu sihat.
bukan hanya sewaktu susah. bukan juga hanya sewaktu senang.
bukan hanya sewaktu ingin meminta dan bukan juga hanya sewaktu ada yang perlu disyukuri.

solat itu bukan hanya pada keadaan tertentu tp wajib diwaktu tertentu
(i.e subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak)

^__^

February 15, 2012

tulisan hati #7

setahun.
setahun dekat sana.
tujuan asal : habiskan final papers.
tapi. itu cuma rancangan manusia.
itu cuma misi jangka pendek.
serasanya dah boleh faham.
faham kenapa Allah hantar ke sana.
bukan. bukan untuk habiskan papers sahaja.
bukan jugak untuk merasa hidup di negara orang sahaja.
bukan jugak untuk menambah kenalan sahaja.
tetapi ada yang lagi penting dari itu.
ada yang lebih bermakna dari semua itu.
Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk kenal tarbiyahNya.
Allah beri peluang untuk belajar bergantung hanya pada-Nya.
dan. walaupun tujuan asal tak tercapai. tapi hati rasa puas.
puas kerana mencapai sesuatu yang lebih bermakna.
sesuatu yang mungkin tak dapat kalau tidak ke sana.
bukan, bukan sebab di sini tiada semua itu.
tetapi sebab diri sendiri yang akan mengelak dari semua benda itu.
memang Allah susun kehidupan kita ni cantik sangat kan ?
tak pernah terfikir, terbayang benda benda ni.
Alhamdulillah. Thank you Allah.

kini, rasa rindu sangat. rindu dengan suasana itu.
tapi, yakin. yakin dengan perancangan Allah.
bila kini dah dihantar kembali ke sini. ke tempat sendiri.
pasti ada yang menanti, yang tak terjangkau dek akal untuk cuba meneka.
InsyaAllah. semoga terus dikuatkanNya untuk terus berada di sini.
di jalan ini ^____^

January 27, 2012

bintang bintang mengiringi ^__^

Bismillah..

Alhamdulillah safely arrived in Shah Alam last night.
perjalanan was awesome ! ditemani bintang bintang yang sangat macam WOW! Subhanallah, super cantik ciptaan Allah. Alhamdulillah even hati sebenarnya macam sedih sikit nak tinggalkan bumi tarbiyah tu, tapi Allah ganti dengan pemandangan yang super indah tu ^___^

Lihat awan berkepul kepul kat atas sana, putih bersih, cantik ! nampak atasnya tiada tali, bawahnya tiada tiang, tapi tergantung elok antara langit dan bumi. cool ! ;)

berada beribu ribu meter jaaaaaaauh dari bumi, berada atas awan, berada tinggi di atas. tiba tiba terfikir,
"dah jauh dekat atas, darat kat bawah pun dah tak nampak. makin dekat dengan langit, makin dekatkah kita dengan Allah ?"

tapi sebenarnya, kita nak dekat dengan Allah, tak perlu naik tinggi tinggi pun tak apa, duduk atas tanah, ikhlaskan hati ibadah hanya untuk Dia, tak payah nak plane, naik roket, terus sampai dekat Dia. dan teringat uncle A pernah cakap, tinggi mana kedudukan kita di dunia ini, tak pernah menjanjikan ketinggian darjat kita di sisi Allah. betapa hormatnya orang pandang kita, sanjung kita, tak menjanjikan tempat di sisi Allah. kerana Allah tak pandang semua itu, yang Allah pandang - takwa kita kepadaNya :)

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(Al-Hujurat ; 13 )

December 28, 2011

tawakkal itu ada ganjarannya :))

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah back from PMS (perhimpunan musim sejuk) at lake district, Lancaster. Subhanallah, the view was magnificient ! 4days dekat sana, rasa macam tak puas tengok, padahal, tengok tasik sama je hari hari. padahal duduk spot sama tengok benda sama je. taaaaapi, still rasa mcm tengok pemandangan yang berbeza setiap kali pandang. Hebat kan Allah ? ^_^


There's lots of things to talk about, okay cerita daurah haritu tak hbs lg, dah jadi double pulak. heee ;p.. but there's one thing i would love to share with my readers. something yang rasa macam Allah ni sweeeeeet sangat !

Ada seorang sister share pengalaman waktu bulan ramadhan dulu bila duduk dengan kakak kakak yang sangat super best ! heheee. mereka dalam perjalanan nak hantar adik adik pulang ke rumah waktu tu, and dah dekat waktu berbuka dah. taaaaapi, kakak kakak tu tak sebut lansung pasal kat mana nak berbuka, nak makan apa waktu berbuka. sister ni dah macam terfikir jugaklaa, kakak kakak ni tak risau ke ? tapi nak tanya macam segan. heheee. lepastu rupanya Allah dah sediakan rezeki bagi mereka, hantar adik pertama pulang, ibu adik tu dah sediakan bekal "nanti ambil ye makanan ni, buat berbuka tengah jalan". lepastu hantar adik lagi sorang pulak, ibunya siap ajak masuk lagi berbuka sama sama dengan diorang. macam video kat bawah nie..

SWEET kan Allah dengan orang orang yang tawakkal pada Dia ? 



25th december, semua orang tahu is a public holiday. taaaaaaapi, saya baru dapat tahu yang rupanya kalau cuti krismas ni semuaaaaaa public transport tak ada kat sini. bukan on that day jelah.. since malam 24th lagi akan berhenti dlm pukul 8-9mlm macam tu. bukan main lagi diorang ni kan ? hehee.. nak dijadikan cerita, kitorang pergi PMS from 21st until 24th december. and train balik dari pms tu sampai london pukul 8.30malam. bila dapat tahu tu macam fikir "haaa memang kena rushing habislaa balik kejar tube,bus".. tapi a friend told me, "tapee, tawakkal ! awak jangan fikir benda benda kecik macam tu. awak fokus pergi pms tu, insyaAllah balik tu sempat je kejar tube *smile* " Ya Allah, memang macam 'tersedar' masa tu. jazakillah sister ^_^

then our program on 24th tu habis awal. though we had to waited for cab lamaa jugak sebab ikut giliran, tapi Alhamdulillah duduk lama lama kat situ pun macam tak puas tengok pemandangan kat situ. naik cab last = dapat peluang laaaaaagi lama nikmati pemandangan cantik kat situ. heheee.. then masa dah naik train, we should be getting of at one station and waited for another 2hours for next train to london. TAPI, tiba tiba ada kawan datang cakap " kitorang jumpa konduktor tadi, tunjuk tiket lepastu dia bagi stay je on this train, tak payah turun lepasni. cuba korang try tanya jugak."  memang kitorang laaaaaju lah cari cari tiket nak jumpa konduktor tu, and guess what ? yeah Alhamdulillah kitorang dapat stay on the train straight to london.

kami yang sepatutnya sampai 8.30pm, rushing rushing kejar tube nak balik rumah, tapi last last sampai 6.40pm dan can take our own sweet time untuk kejar tube nak balik rumah. SWEET kan Allah ? saya rasa sangaaaaaat sweet ! ;D

"...Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan] nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(3) "

( At-Talaq ; 2 - 3 )


December 13, 2011

tulisan hati #3

Ya, ramai yang mengatakan jalan ini tak mudah. tapi..
mudah tak menjanjikan kebahagiaan.
payah tak menjanjikan penderitaan.


Do not show weakness in pursuing these people. If you are suffering hardships, they are suffering similar hardships; but you have hope from Allah, while they have none. And Allah is full of knowledge and wisdom.
(An-Nisa ;104)

December 12, 2011

Why ??

Bismillah.. 
Salam semua ! ^_^
Alhamdulillah dapat peluang stayed 3days for daurah the other day. Ya Allah, banyaaaaak sangat benda baru belajar. either in sharing by sisters, talk by the speakers, duduk duduk ldk with sisters, sambil makan makan, sambil duduk duduk saja pun dapat macam macam reminder, ilmu baru. best ! lepastu rasa macam nak share macam macam kat sini. tp one by one laa kot. one step at a time :)


Rasa macam selalu sangat dengar orang cakap macam ni :

"kenapa hidup kte macam nie?"

"kenapa aku yang kena semua ni?" 
"Aku tak pernah kacau orang pun, kenapa aku je asyik kena macam ni? " 


and the list go on and on. i did not made up any of this. i've heard this myself, lots of them ! sometimes im just speecless, i didnt know how shall i response to these kind of statements/questions etc, though i admit sometimes i did felt the same way too. yeah i bet most of us did feel the same way at times. especially bila ujian depan mata tu macam tak ada penghujungnya. macam baru tarik nafas lega selesai satu masalah, masalah baru pulak ntah dari mana datang. macam kalau lumba lari berpagar tu, smpai dah tak larat nak lompat dah nak lepas pagar tu  [okay analogi merepek ;p] yes, i know the feeling, i've been there, been through that too. tp lets imagine we are in these two situations :

1) You had some weird illness and seriously clueless whats happening. so you went to your doctor. then the doctor told you : okay, i will give you this and this, you must eat this and this, do this and this etc. 

what is your reaction ?? hmmm.. i bet most of us would be sitting there nodding our head saying "okay" right ? :)

2) Your car broke down. well, lets say since we have the license so we did know about the car little bit. so we check here and there and found nothing's wrong. then we called the mechanic. he came, look at it 5 minutes then said "okay, we need to bring your car to the workshop, do this that, change this and that etc. " and we would be standing there replying "okay". kan ?? 



whats with the story eh ? huhuu anda rasa ? :)
lets think back. why did we agreed with the doctor/the mechanic ?? im sure ONE of the reasons is because you know they have the knowledge, they know better than you and they know what they are doing. so tell me now... 



"If u did not questioned your doctor/mechanics cause u know they know what they are doing, then why are u questioning what Allah have planned for you ?" 
-brother aiman


masa dengar brother aiman cakap kat depan tu macam 'ouch that hits right at myface'. kalau kita boleh percayakan seorang doktor, sememangnya manusia macam kita sebab kita yakin dia ada pengetahuan yang lebih dalam bidang tu, jadi kenapa kita nak mempersoalkan tentang apa yang Allah dah tentukan untuk kita ? dan sememangnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, sebab Dia yang menguruskan dunia ini, Dia yang mencipta kita, Dia yang mencipta dunia ini.

just remember one thing, He promised us that :


so, rest assured that everything yang awak lalui sekarang ni menandakan awak cukup kuat untuk melaluinya, mungkin kalau saya kat tempat awak, tak mampu lalui semua itu. 
mari jadi orang kuat dengan sokongan-Nya ! ^_^