What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS
Showing posts with label motivations. Show all posts
Showing posts with label motivations. Show all posts

November 17, 2012

jazakillah khair sister :)


"awak kenapa dah lamaaaaaa sangat tak update blog tu?"
"hehee. malas lah. i think i lost interest in blogging. dah tak boleh masuk list hobby dah ni. hahaa"
"hahaa. boleh pulak macam tu eh. hmm tapi kan.."
"tapi... ?"
"haritu kita tnya seorang akhawat ni macam mana dia boleh maintain menulis blog. dah bertahun-tahun dah. jawapan dia *thumbs up*! dia cakap kalau menulis kerana hobby, mmg akan ada masanya kita mula berasa bosan dengan hobby itu. rasa malas dah lah nak buat. tapi, menulis lah kerana Allah, kerana ingin berdakwah, insyaAllah, Allah akan terus tanamkan passion untuk menulis itu dalam diri kita. awak tak nak try ke ? try start menulis balik *smile*"
"......"



Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
salah satu perkara yang buat saya sangat sayangkan akhawat di jalan ini. setiap bait kata, ada sahaja terselit nasihat, terselit peringatan. bahawa hidup ni bukan setakat just what i want to do, what i love to do. its beyond that. jazakillah khair sister for the reminder.

insyaAllah awak, i will try.
menulis dari hati kerana Allah, untuk menyentuh hati keranaNya juga insyaAllah :)

p/s : yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. insyaAllah, 5 dec onwards. heheee. doakan kami cima and acca students for the final exams ye !

doa and salam,
haikadove :)

July 18, 2012

Ahlan wasahlan :)

InsyaAllah, tak lama dah lagi syaaban akan sampai penghujungnya, dan Ramadhan akan mengambil tempat. Allahumma balighna ramadhan, Ya Allah. semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu lagi dengan bulan istimewa ini ^_^

kita sering dengar, Ramadhan bulan istimewa bagi orang islam, orang mukmin. Ramadhan bulan penyucian, di mana kita belajar mengawal diri. bukan sahaja dari makan, minum, tapi hawa nafsu yang sering menggoda diri kan. saya tertarik dengan satu perkongsian oleh seorang akhi baru-baru ini. dia mengatakan, Ramadhan ini bulan istimewa, kerana Ramadhan adalah tempat  di mana Allah mengumpul semuaaaa umat Islam di dalam satu bulan dan menumpukan pd ibadah yang khusus - puasa. kalau kita sahur, puasa, berbuka, terawih sorang2 kt rumah pun. masih ada lagi di luar sana yang bersahur, berpuasa, terawih juga sorang2 kat rumah. you're not alone, never alone. kalau dapat solat berjemaah dengan keluarga dan sahabat pun dah terasa indah, inikan pula kita nak berjemaah berpuasa dengan seluruh umat islam ! Subhanallah. cantik kan perancangan Allah ? :)

sejauh mana kita, kita semua ni bersedia untuk bertemu dan berkumpul dengan saudara-saudara kita yang lain ni ? kalau nak pulang beraya jumpa keluarga kat kampung pun kita dah sibuk persiapkan diri dgn pakaian cantik-cantik, dengan souvenir lagi. ni kita nak berkumpul dengan semuaaaa saudara seislam kita ni, takkan nak bawak baju yang compang-camping je kann ? *smile*

dan kalau kita mahu istiqamah dalam ibadah kita di bulan ramadhan kelak, bukankah lebih praktikal kita mulakan latihannya sekarang. practice makes perfect kan ? hihii.. saya tak mahu cerita panjang, tapi nak share borang checklist untuk ramadhan kita, and few videos yang menarik sangat sempena ramadhan ini ! 


VIDEOS 


kalau sahabat dahulu mampu memenangi perang badar dalam bulan ramadhan, apa kata kita pula cuba memenangi perang melawan hawa nafsu dalam ramadhan kali ni. Semoga kita semua mampu jadi graduan terbaik apabila menjelang 1syawal kelak, insyaAllah :)