sedih pula rasanya bila terbaca status-status seperti :
"hari ni dah hari ke28. lusa mungkin raya dah"
"off to kampung ! *raya mode is on*"
tapi paling sayu sekali bila terbaca yang ni
"harini jumaat terakhir dalam bulan ramadhan tahun ini. mungkinkah kita ada lagi jumaat depan ?"
Ramadhan dah hampir ke penghujungnya. kalau dikala masuk je malam ke-20. penuh status-status, tweets mengejar, mencari lailaturqadar. kini semua semakin pudar, bertukar ganti mengejar, mencari baju raya, kasut raya pula. tapi dalam masa mencari keperluan-keperluan raya tu. jom semak balik our ramadhan goals awal-awal dulu. dah tertunai ke belum ? kalau masih belum, masih ada masa lagi ni untuk tunaikan. kalau yang dah tak mampu, jom muhasabah diri balik. mungkin ada kesilapan kita sana sini sikit, sebab tu Allah mahu kita perbaiki diri lebih lagi :)
haihh.. belum habis lagi ramadhan tahun ni, tapi dah mula terasa rindu pula ;'(
semoga kita semua mampu melangkah menjadi graduan ramadhan dengan keputusan yang cemerlang.
teringat kata-kata ustaz di tv9 semalam yang menceritakan tentang umar abdul aziz ketika anaknya meminta pakaian baru untuk berhari raya. katanya,
"wahai anakku, bukanlah pakaian baru yang penting bila melangkah keluar dari ramadhan. tetapi taqwa baru itu yang lebih penting bila melangkah dari ramadhan ini."
p/s : jom check balik pakaian taqwa kita ? semakin putih atau hitam ? sudah cantik atau masih compang camping lagi ? :)
Evangelina 4
3 years ago