What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

November 23, 2010

telatah manusia.

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu." 
[Luqman Al-Hakim]


lately entry jarang ada. dah ada pendek pulak kan ?
tuan punya diri pun tak puas hati. tapi taknak bertapa depan ni.
nant makin banyak benda search, makin lama duk depan laptop.

November 14, 2010

cuba lagi....

Satu dua tiga dan empat
Cuba berkali masih tak dapat
Lupakan sakit segan dan penat
Nanti di puncak pasti terubat

Ku cuba berkali-kali
Masih tak menjadi-jadi
Tapi ku tak patah hati
Tiap kali gagal aku cuba lagi
Ma kata ku pandai Pa kata ku kuat
Jikalau cari jalan tak jumpa ku buat
Ke sini ke sana hanya satu garis lurus
Jangan menoleh mana-mana jalan terus


[ malique feat.lah ahmad - cuba lagi ]

November 12, 2010

i dont know what's happening. 
cant get this 'thing' out of my head.
trying to focus here. come on ika. finals lagiiiiii penting.
3more wks to go~ 
chaiyokk!! fighting! ;D



"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(94 :  5)

November 4, 2010

mari mari senyum sama-sama ;)

Alhamdulillah, trial exam da habis. tapi resultnye tak perlu ambil pun tahu kot. tapelaa. nsb baik ade trial, kurang-kurang adelaa kesedaran nak finals ni ade banyak sgt kena baiki. tapi harini bukan nak sedih-sedih, emo-emo pasal trial, harini nak tulis pasal SENYUM. heheee. tadi dengar lagu 'senyum-malique feat. najwa'. lepastu terus tersenyum sorang-sorang. hahaa. good job malique! ;p

tadi pergi search dekat wiki [smangat habis nie. hahaa]. dia tulis  :

Dalam fisiologi, senyum adalah ekspresi wajah yang terjadi akibat bergeraknya atau timbulnya suatu gerakan di bibir atau kedua ujungnya, atau pula di sekitar mata. Kebanyakan orang senyum untuk menampilkan kebahagian dan rasa senang.


tapi kalau dalam islam, senyum bukan sekadar ekspresi tapi juga satu ibadah. senyum je kat orang pun kita dah dikira bersedekah. cara paling mudah nk bersedekah tp kadang-kadang paling susah nak bagi kan.

"Senyum anda terhadap saudara anda adalah sedekah." 
Hadis riwayat Ibn Hiban dan Al Baihaqi. 

huhuu.. ada orang kata,
"takkan nak senyum kat sume orang. nant orang kata gila".
 "segan laa nak senyum, nant die tak balas, malu jee". 

i admit, dulu pun fikir macam tu tapi sekarang sy nak ckp,

"biarlah diorang nak cakap apa. kita buat baik, bukan buat dosa. tp pada-pada lah senyum pun"
"biarlah dia tak balas. kita bukan senyum kat dia seorang. ramai lagi yang balas. hahaa ;p "

kenapa nak fikir ape orang cakap. tak semua yang orang cakap tu betul. buat pening kepala je kalau asyik nak ikut cakap orang. kita buat baik pun orang bercakap, kita buat salah lagi laaa kan. so lagi baik kita fikir baik buruk kita buat sendiri. ape kita dapat kalau senyum ? banyaaaak! contohnye macam..

senyum membuat kita lebih menarik. alaa, tanyela sape sape. mesti nak jadi menarik kan ? hehee. kita selalunya akan lebih tertarik pada orang yang selalu tersenyum daripada orang yang 'moody'. kenapa ? its undeniable orang yang selalu tersenyum ada daya tarikan dia tersendiri.

senyum mampu mengubah mood kita. waktu kita lemah, sedih, senyumlah tanda kita redha dengan ujian Allah, tanda kita yakin Allah uji kerana Dia sayangkan kita. lagipun senyum itu indah dan mampu membuat kita lebih tenang dan berfikir dengan baik.

senyum bukan saja boleh mengubah mood kita tapi mood orang lain jugak. tapi senyuman kenalah ikhlas, mungkin kita tak sangka, tp kadang-kadang senyuman je pun dah cukup untuk buat orang lain gembira.

senyum membuat kita nampak yakin. cuba kita senyum bila tegur kawan-kawan or bila jumpe sape-sape. mesti diorang akan rasa kita ada berita gembira. confirm tanye 'ni kenapa happy sangat ni?'. bukan ke tu lagi baik dari orang bertanya ' awak ni ada masalah apa ni ? '. nampak macam kita ni banyak sangat masalah je. heheee

okay macam dah buat karangan pulak kan. salahkan trial yang buat kita asyik rasa nak mengarang je nie. hahahaa. last but not least [cewah. lame x gune ayat ni ;p ], ingat ni selalu. S.M.I.L.E! ^_^

senyum tak perlukan modal, cuma sekelumit ikhlas pun cukup menambahkan kemanisannya. kita buat orang senang dengan kita, orang pun akan buat kita senang dengan mereka. its a win-win situation kan ;))

anyway. dengarlaa lagu-lagu nie. tekan je, da letak link dah. hayati lirik skali. cewah ;p
senyum - malique feat. najwa
senyum - raihan
senyum seindah suria -jay jay


A smile is something you can't give away; 
it always comes back to you.