What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

January 19, 2012

tulisan hati #6

tangan sibuk nak tekan tekan keyboard ni..
kepala pun macam macam fikir nak tulis itu ini..
tapi.. hati tak terasa nak menulis apa apa..
so, semua yang ditulis pun masuk dalam drafts..
sebab teringat seorang ukhti ni cakap :

"kalau kita bercakap dari hati, insyaAllah masuk ke hati orang yang mendengar"
"kalau kita menulis ikhlas jugak dari hati, insyaAllah masuk ke hati orang yang membaca"


baru je balik dari southampton few days ago with the sisters, and now im missing their presence dah..
macam mana nak balik malaysia ni ikaaaa~

December 31, 2011

tulisan hati #5

sedar tak sedar, setahun dah hampir berlalu..
esok dah 31 december 2011.
lusa dah masuk tahun baru, 2012.

bila lihat kembali ke belakang, apa yang aku dah buat selama setahun ni ?
apa yang aku dah sumbangkan untuk Islam dalam setahun ni ?
Ya Allah, rasa diri kerdil sangat.

Ada sebabnya Allah berikan kita peluang hidup sampai saat ini.
Ada sebabnya Allah jadikan kita berada di mana kita berada sekarang.
Ada sebabnya Allah hantar aku ke sini.
InsyaAllah, mari cari SEBAB itu, mari manfaatkan 2012 ini sama sama ^_^

December 28, 2011

tawakkal itu ada ganjarannya :))

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah back from PMS (perhimpunan musim sejuk) at lake district, Lancaster. Subhanallah, the view was magnificient ! 4days dekat sana, rasa macam tak puas tengok, padahal, tengok tasik sama je hari hari. padahal duduk spot sama tengok benda sama je. taaaaapi, still rasa mcm tengok pemandangan yang berbeza setiap kali pandang. Hebat kan Allah ? ^_^


There's lots of things to talk about, okay cerita daurah haritu tak hbs lg, dah jadi double pulak. heee ;p.. but there's one thing i would love to share with my readers. something yang rasa macam Allah ni sweeeeeet sangat !

Ada seorang sister share pengalaman waktu bulan ramadhan dulu bila duduk dengan kakak kakak yang sangat super best ! heheee. mereka dalam perjalanan nak hantar adik adik pulang ke rumah waktu tu, and dah dekat waktu berbuka dah. taaaaapi, kakak kakak tu tak sebut lansung pasal kat mana nak berbuka, nak makan apa waktu berbuka. sister ni dah macam terfikir jugaklaa, kakak kakak ni tak risau ke ? tapi nak tanya macam segan. heheee. lepastu rupanya Allah dah sediakan rezeki bagi mereka, hantar adik pertama pulang, ibu adik tu dah sediakan bekal "nanti ambil ye makanan ni, buat berbuka tengah jalan". lepastu hantar adik lagi sorang pulak, ibunya siap ajak masuk lagi berbuka sama sama dengan diorang. macam video kat bawah nie..

SWEET kan Allah dengan orang orang yang tawakkal pada Dia ? 



25th december, semua orang tahu is a public holiday. taaaaaaapi, saya baru dapat tahu yang rupanya kalau cuti krismas ni semuaaaaaa public transport tak ada kat sini. bukan on that day jelah.. since malam 24th lagi akan berhenti dlm pukul 8-9mlm macam tu. bukan main lagi diorang ni kan ? hehee.. nak dijadikan cerita, kitorang pergi PMS from 21st until 24th december. and train balik dari pms tu sampai london pukul 8.30malam. bila dapat tahu tu macam fikir "haaa memang kena rushing habislaa balik kejar tube,bus".. tapi a friend told me, "tapee, tawakkal ! awak jangan fikir benda benda kecik macam tu. awak fokus pergi pms tu, insyaAllah balik tu sempat je kejar tube *smile* " Ya Allah, memang macam 'tersedar' masa tu. jazakillah sister ^_^

then our program on 24th tu habis awal. though we had to waited for cab lamaa jugak sebab ikut giliran, tapi Alhamdulillah duduk lama lama kat situ pun macam tak puas tengok pemandangan kat situ. naik cab last = dapat peluang laaaaaagi lama nikmati pemandangan cantik kat situ. heheee.. then masa dah naik train, we should be getting of at one station and waited for another 2hours for next train to london. TAPI, tiba tiba ada kawan datang cakap " kitorang jumpa konduktor tadi, tunjuk tiket lepastu dia bagi stay je on this train, tak payah turun lepasni. cuba korang try tanya jugak."  memang kitorang laaaaaju lah cari cari tiket nak jumpa konduktor tu, and guess what ? yeah Alhamdulillah kitorang dapat stay on the train straight to london.

kami yang sepatutnya sampai 8.30pm, rushing rushing kejar tube nak balik rumah, tapi last last sampai 6.40pm dan can take our own sweet time untuk kejar tube nak balik rumah. SWEET kan Allah ? saya rasa sangaaaaaat sweet ! ;D

"...Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. (2) Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan] nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.(3) "

( At-Talaq ; 2 - 3 )


December 19, 2011

tulisan hati #4

hati..
sangat mudah berbolak-balik..
tapi yakinlah.. jika ikhlas mencari redha-Nya..
Dia akan tunjukkan jalan kembali pada-Nya
kerana itu janji Allah
dah Allah tak akan pernah memungkiri janjiNya  :)

Dan orang-orang yang berjihad untuk [mencari keridhaan] Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
(Al-Ankabut ; 69 )