What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

September 27, 2010

lihat dari kacamata mereka.

salam semua ;)



kita hidup kat dunia ni bukan seorang diri je. kita kena fikirkan orang sekeliling kita. kita akan berhadapan berbagai ragam manusia. seboleh-bolehnya elakkanlah menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar. jangan kerana kita terdengar cakap-cakap orang, kita letakkan satu tanda pada seseorang itu. 'oh dia ni bukan kawan yang baik, kawan die sakit dia tak tgk pun' 'oh janji dia tak boleh percaya, haritu dia janji tapi tak datang' dah macam macam lagi. kita sepatutnya cuba ambil tahu apa sebab sebalik perbuatan kawan kita tu. mungkin dia ada masalah yang memerlukan kita untuk bantu. kadang-kadang kita perlu letak diri di tempat orang lain untuk lihat pelbagai benda. untuk sedar dunia ni luas lagi, banyak lagi benda kita perlu belajar.

apa yang kita suka tak semestinya disukai orang lain dan apa yang kita suka mungkin disukai orang lain. jadi kita kenalah ada toleransi dalam bekerjasama. tak bolehla sentiasa nak menang je. lagi lagi kalau buat kerja berkumpulan. dulu masa kem motivasi, ade ustaz ni cakap ' 3kepala lebih baik dari 1kepala'. yes, mula mula dengar memang gelak je. tapi sekarang fikir balik, memang betul pun. kita semua manusia, tak ada yang sempurna, kita perlukan orang lain untuk bantu kita terutama dalam menyelesaikan masalah. mungkin bila kita lihat dari kacamata orang lain, kita cuba letakkan diri di tempat mereka, masalah tu bukanlah besar sangat.

sentiasalah bersangka baik kepada manusia, insyaAllah ganjarannya juga baik bagi kita ;))

September 12, 2010

mati itu pasti.

salam aidilfitri :)
yes tajuk tu betul. bukan tersalah tulis ye. sorry raya-raya kena bace entry macam ni pulak kan ? tapelaa. mengingati mati tu kan sunat. entry ni special sikit. need to spill out somewhere since im better in writing it down rather than talking to others.

Embah [my atuk], meninggal dunia jumaat, 1syawal around 5am. bapak kejut pukul 5pg tu bagitau nak balik perak sebab embah meninggal, tp kepala tak berapa nk proses lagi. macam 'ape bapak cakap ni?'. i didnt talk to anyone bout this sebab rase macam still taleh brape nk proses jugak. yes, da tgk jenazah embah, tgk orang kapankan, masuk keranda, bawak g masjid semua tp somehow, still macam rase kalau balik perak lg akan jumpe embah lg tapi i know the fact dia dah tade. Allah lagi sayangkan dia. dah sampai ajal kan. tade ape boleh halang. kita yang hidup ni pun tak tahu bila saat kita pulak kan. mungkin at this very second, mayb seminit dua lg, mungkin esok,luse atau kita berpeluang hidup beberapa tahun lg. tade sape dapat teka.

I hope dia tenang kat sana. moga-moga Allah berkati, rahmati dia. harap-harap dia terlepas seksaan kubur. for me, dia memang seorang yang sangat baik, dan Alhamdulillah Allah bg kesempatan hidup 94tahun. dan Allah bagi memori yang kuat padanya. setahun dua ni je yang embah macam sakit-sakit, lupa-lupa. And i hope ini yang terbaik baginya. sama-sama kita doakan dan sedekahkan Al-Fatihah ye ;)

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” 
(QS. 3 Ali Imran : 185). 

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” 
(QS. 4 An nisa : 78).

thanx to kak as, thanx to akram ;))