What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

September 27, 2010

lihat dari kacamata mereka.

salam semua ;)



kita hidup kat dunia ni bukan seorang diri je. kita kena fikirkan orang sekeliling kita. kita akan berhadapan berbagai ragam manusia. seboleh-bolehnya elakkanlah menghukum tanpa mengetahui perkara sebenar. jangan kerana kita terdengar cakap-cakap orang, kita letakkan satu tanda pada seseorang itu. 'oh dia ni bukan kawan yang baik, kawan die sakit dia tak tgk pun' 'oh janji dia tak boleh percaya, haritu dia janji tapi tak datang' dah macam macam lagi. kita sepatutnya cuba ambil tahu apa sebab sebalik perbuatan kawan kita tu. mungkin dia ada masalah yang memerlukan kita untuk bantu. kadang-kadang kita perlu letak diri di tempat orang lain untuk lihat pelbagai benda. untuk sedar dunia ni luas lagi, banyak lagi benda kita perlu belajar.

apa yang kita suka tak semestinya disukai orang lain dan apa yang kita suka mungkin disukai orang lain. jadi kita kenalah ada toleransi dalam bekerjasama. tak bolehla sentiasa nak menang je. lagi lagi kalau buat kerja berkumpulan. dulu masa kem motivasi, ade ustaz ni cakap ' 3kepala lebih baik dari 1kepala'. yes, mula mula dengar memang gelak je. tapi sekarang fikir balik, memang betul pun. kita semua manusia, tak ada yang sempurna, kita perlukan orang lain untuk bantu kita terutama dalam menyelesaikan masalah. mungkin bila kita lihat dari kacamata orang lain, kita cuba letakkan diri di tempat mereka, masalah tu bukanlah besar sangat.

sentiasalah bersangka baik kepada manusia, insyaAllah ganjarannya juga baik bagi kita ;))