What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

February 15, 2012

tulisan hati #7

setahun.
setahun dekat sana.
tujuan asal : habiskan final papers.
tapi. itu cuma rancangan manusia.
itu cuma misi jangka pendek.
serasanya dah boleh faham.
faham kenapa Allah hantar ke sana.
bukan. bukan untuk habiskan papers sahaja.
bukan jugak untuk merasa hidup di negara orang sahaja.
bukan jugak untuk menambah kenalan sahaja.
tetapi ada yang lagi penting dari itu.
ada yang lebih bermakna dari semua itu.
Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk kenal tarbiyahNya.
Allah beri peluang untuk belajar bergantung hanya pada-Nya.
dan. walaupun tujuan asal tak tercapai. tapi hati rasa puas.
puas kerana mencapai sesuatu yang lebih bermakna.
sesuatu yang mungkin tak dapat kalau tidak ke sana.
bukan, bukan sebab di sini tiada semua itu.
tetapi sebab diri sendiri yang akan mengelak dari semua benda itu.
memang Allah susun kehidupan kita ni cantik sangat kan ?
tak pernah terfikir, terbayang benda benda ni.
Alhamdulillah. Thank you Allah.

kini, rasa rindu sangat. rindu dengan suasana itu.
tapi, yakin. yakin dengan perancangan Allah.
bila kini dah dihantar kembali ke sini. ke tempat sendiri.
pasti ada yang menanti, yang tak terjangkau dek akal untuk cuba meneka.
InsyaAllah. semoga terus dikuatkanNya untuk terus berada di sini.
di jalan ini ^____^