What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

March 16, 2013

this is heartbreaking :-/



was on my way to lcct last night. going to lcct twice a week dah semacam jadi rutin. untuk ambil dan hantar bapak. jika dulu terasa jauhnyaaaaa tempat itu. sekarang dah pandai bajet keluar lmbat sikit pun x apa. bukan jauh sgt or lama sgt pun.

tapi keadaan tu berbeza malam tadi. tiba  di persimpangan masjid klia, kereta berpusu-pusu masuk. i asked my mom 'eh ramainya orang malam ni ?' and she replied 'jumaat biasala. yg kerja jauh mcm bapak ramai balik'. okay fine.

tapi semakin lama kereta semakin banyak luar biasanya. aku pandang kereta sebelah. pemandunya sibuk tgk jam tangan. risau akan ketinggalan kapal terbang mungkin. dan bila kereta berjalan kehadapan sedikit lagi, aku nampak pelbagai jenis kereta turbo. dalam hati dah berkata 'i bet there must be some event ni. tapi ape benda pulak org nak buat tgh hutan ni'

lebih kurang 500m sebelum persimpangan litar sepang. keadaan jadi semakin sesak. semakin banyak kereta parking di kiri dan kanan bahu jalan. my mom said ' ni ada event lah ni kt circuit. ramai2 orang ni ' *angguk kepala*. mata masih setia memandang ke luar. memerhati mereka yang turun kereta. kebanyakannya chinese dan english people. 'ika rasa ni event utk nonmuslim kot. x nampak mcm ada org melayu pun.' tapi. hbs je bercakap. kereta di sebelah berhenti parking di tepi jalan. dan sepasang manusia keluar. i was like ', eh muka macam melayu je ni'. mungkin ya mungkin tidak.

since im so bored. mata beralih ke telefon pula. scrolling down twitter mengharap ada jwpn utk kesesakan ni. and yes. there is an event. some music concert whatsoever. tiba di persimpanga  litar. kami lihat ramai yang sedang berjalan kaki menuju ke dalam. berbincang dgn mak and we cnclude. whatever happening in there, pasti bukan sesuatu yang baik. and sepanjang kami melalui situ, mom said 'takde sorang pun lg nampak pakai seluar panjang ni'. admit tergelak sekejap. tp bila melihat ke luar tingkap. it was true.

dan tiba-tiba hati terasa sakit. terasa hancur. ya aku cuma melihat pakaian. tak masuk tgk pun event apa dalam tu. tp sungguh, its really heartbreaking melihat ada ramainya manusia berlari lari masuk ke dalam. melihat keadaan itu. teringat sewaktu aku di london dulu. tika itu dlm perjalanan pulang dari bulatan gembira. it was quite late at night. bukan satu kebiasaan bgku. di kiri kanan jalan ramai yg mabuk. friday night katanya. esok saturday boleh rehat. dengan pakaian yg sumpah scary. scary sbb aku x pernah terbayang ada org akan pakai mcm tu.

dan kini. di tanah airku sendiri. negara yg dikatakan negara islam. masih suasana yg sama aku lihat. apakah aku masih di london ? dan tidak lama, aku tersedar. sahabat, masih banyak lg kerja kita. yes kita. kita semua yg mengaku diri ini seorang muslim. kita yg nak mengaku diri sebagai dai'e T_T

sakitnya ummah ini. seriously in need l
of doktor2 yg mampu merawatnya. doktor yang kuat dalaman dan luaran. doktor yg merawat jiwa dan minda. terasa sgt pentingnya untuk diri ini kuat. bukannya sekejap bergerak laju but then futur. bangkit lg dan futur lg. Allah lemahnya aku rasa. jika diri sendiri pun masih aku x mampu nk rawat. bagaimana aku kata ingin merawat mereka.

but then, being there, seeing all these right in front of my eyes. makes me want to get up and get going ! takkan selamanya mahu membenci kemungkaran hanya dalam hati ?. i want to be that someone that try to change this norm. and i know. its not easy. its gonna be one tough job to do. but then, i keep reminding myself

'mudah x menjanjikan kebahagiaan.
sukar x menjanjikan penderitaan.'

March 15, 2013

get up ika ! come on get up !


ujian Allah itu unik. unik untuk setiap hambaNya. ada yang diuji dengan kesibukan. ada yang diuji dengan kelapangan masa. ada yang diuji dengan kemiskinan. ada yang diuji dengan kekayaan. ada yang diuji dengan kekuatan. ada yang diuji dengan kelemahan. ada yang diuji dengan ilmunya. ada yang diuji dengan keluarga. rakan. sahabat. musuh. orang atasan dan sbg.

ujian kita hampir pasti berbeza. dan hebatnya aturan Allah. sy x pernah jumpa dua orang yang melakukan rutin yg 100% sama. dengan cara yang sama. dengan perasaan yang sama (do tell me if u did. nak jugak kenal ;p). Allah menguji kita mengikut kemampuan kita. dan apa yg kita mampu tanggung tu. hanya Dia yang tahu. kadangkala, kita sendiri x sangka kita mampu untuk lalui semua itu.

cuma masalahnya adalah diri kita. bagaimana cara kita menghadapinya. adakah kesibukan masa buat kita jadi jauh, jadi lupa pada Dia ? atau adakah lapangnya masa itu yg buat kita semakin leka, selesa dengan perkara2 lagha yg menjauhkan kita dariNya ?

terkadang. semacam tak sedar kita diuji. kita sangka inilah rutinku. inilah apa yg aku boleh lakukan. tapi rupanya, byk lg potensi diri yang kita abaikan. banyak lg perkara yg boleh kita lakukan untuk islam tapi kita abaikan. kita biarkan sepi dengan alasan 'alaa x sempat ni.' 'tak ada orang cntact aku pun ckp apa2' 'tapelah hari ni nak rehat sikit'. harini tu dah cakap setiap hari sampai dah jadi berbulan.

anda sangat beruntung jika anda dikelilingi akhi/ukhti yang peka. yang akan menegur, yang akan menasihati jika dilihat kita semakin perlahan. seakan sudah futur. tapi jika mereka tiada ? kita x boleh memberikan alasan itu untuk terus hanyut dan selesa dengan keadaan kita ini.

carilah. cari sesuatu yang akan membangkitkan kita kembali. membuat kita bangun dan berlari. berlari mengejar keredhaanNya. berlari berlumba-lumba ingin mendapatkan ganjaran pahalaNya.

jika terasa ketinggalan. kejarlah mereka. jika rasa tersisih. carilah mereka. biarlah kita yang sibuk msg orang sana sini tnya usrah. tanya program. muayashah. minta nasihat. minta semangat. biarlah kita nampak terdesak sekalipun. kerana kita memang terdesak. terdesak untuk bangkit. untuk bangun dan berlari. untuk mengisi jiwa dan minda. kerana kita pasti tidak mahu untuk duduk selesa dan terus menunggu sahaja. sehingga akhirnya hati tidak lagi terasa apa2 ? seperti firmanNya

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik" (57 ; 16)

na'udzubillah. bangkit ! mari bangkit ! dengan apa cara sekalipun. dengan paksaan sekeras mana sekalipun. walau berulang kali sekalipun. get up and get going dear ! ^_^

[menulis dlm notepad hndphone sahaja. dan sejujurnya menulis untuk membangkitkan semangat sendiri. semakin hari semakin takut dengan rutin harian yang seperti ada yg tak kena sahaja. rasanya seperti ada yg perlu dilakukan. perlu membangkitkan semangat. doakan saya ye sahabat :) ]



March 7, 2013

tenang.

someone asked me. 'macam mana awk boleh cool je ni. okay ke tak ni ?'

i dont know how to reply her. tenang. thats what i felt. nak kata okay, i do feel disappointed. tapi nak kata x okay, i really have no problem to smile and keep calm.

kerana aku ingin serahkan semua ini padaNya. aku yakin Dia merancang yg terbaik buatku. kerana aku telah meminta padaNya. jadi aku yakin apa yg aku perlu lakukan cuma bertenang. ye tenang.

aku mahukan yang terbaik. bukan terbaik di mata mereka. bukan jua terbaik di mataku. tapi terbaik di hadapanNya. terbaik dengan situasi dan keadaan diriku. terbaik untuk menguatkan aku di jalanNya. terbaik untuk aku terus ingat pdNya dan melangkah ke arahNya. dan aku telah meminta semua itu dariNya. jadi sekali lagi aku ingatkan diri. aku perlu tenang. ye tenang. 

bertenang. bukan bersenang-lenang. tenang dan terus usaha. itu yg aku ingin tanamkan dalam-dalam jauh dalam hati ^_^