What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

March 15, 2013

get up ika ! come on get up !


ujian Allah itu unik. unik untuk setiap hambaNya. ada yang diuji dengan kesibukan. ada yang diuji dengan kelapangan masa. ada yang diuji dengan kemiskinan. ada yang diuji dengan kekayaan. ada yang diuji dengan kekuatan. ada yang diuji dengan kelemahan. ada yang diuji dengan ilmunya. ada yang diuji dengan keluarga. rakan. sahabat. musuh. orang atasan dan sbg.

ujian kita hampir pasti berbeza. dan hebatnya aturan Allah. sy x pernah jumpa dua orang yang melakukan rutin yg 100% sama. dengan cara yang sama. dengan perasaan yang sama (do tell me if u did. nak jugak kenal ;p). Allah menguji kita mengikut kemampuan kita. dan apa yg kita mampu tanggung tu. hanya Dia yang tahu. kadangkala, kita sendiri x sangka kita mampu untuk lalui semua itu.

cuma masalahnya adalah diri kita. bagaimana cara kita menghadapinya. adakah kesibukan masa buat kita jadi jauh, jadi lupa pada Dia ? atau adakah lapangnya masa itu yg buat kita semakin leka, selesa dengan perkara2 lagha yg menjauhkan kita dariNya ?

terkadang. semacam tak sedar kita diuji. kita sangka inilah rutinku. inilah apa yg aku boleh lakukan. tapi rupanya, byk lg potensi diri yang kita abaikan. banyak lg perkara yg boleh kita lakukan untuk islam tapi kita abaikan. kita biarkan sepi dengan alasan 'alaa x sempat ni.' 'tak ada orang cntact aku pun ckp apa2' 'tapelah hari ni nak rehat sikit'. harini tu dah cakap setiap hari sampai dah jadi berbulan.

anda sangat beruntung jika anda dikelilingi akhi/ukhti yang peka. yang akan menegur, yang akan menasihati jika dilihat kita semakin perlahan. seakan sudah futur. tapi jika mereka tiada ? kita x boleh memberikan alasan itu untuk terus hanyut dan selesa dengan keadaan kita ini.

carilah. cari sesuatu yang akan membangkitkan kita kembali. membuat kita bangun dan berlari. berlari mengejar keredhaanNya. berlari berlumba-lumba ingin mendapatkan ganjaran pahalaNya.

jika terasa ketinggalan. kejarlah mereka. jika rasa tersisih. carilah mereka. biarlah kita yang sibuk msg orang sana sini tnya usrah. tanya program. muayashah. minta nasihat. minta semangat. biarlah kita nampak terdesak sekalipun. kerana kita memang terdesak. terdesak untuk bangkit. untuk bangun dan berlari. untuk mengisi jiwa dan minda. kerana kita pasti tidak mahu untuk duduk selesa dan terus menunggu sahaja. sehingga akhirnya hati tidak lagi terasa apa2 ? seperti firmanNya

"Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik" (57 ; 16)

na'udzubillah. bangkit ! mari bangkit ! dengan apa cara sekalipun. dengan paksaan sekeras mana sekalipun. walau berulang kali sekalipun. get up and get going dear ! ^_^

[menulis dlm notepad hndphone sahaja. dan sejujurnya menulis untuk membangkitkan semangat sendiri. semakin hari semakin takut dengan rutin harian yang seperti ada yg tak kena sahaja. rasanya seperti ada yg perlu dilakukan. perlu membangkitkan semangat. doakan saya ye sahabat :) ]



March 7, 2013

tenang.

someone asked me. 'macam mana awk boleh cool je ni. okay ke tak ni ?'

i dont know how to reply her. tenang. thats what i felt. nak kata okay, i do feel disappointed. tapi nak kata x okay, i really have no problem to smile and keep calm.

kerana aku ingin serahkan semua ini padaNya. aku yakin Dia merancang yg terbaik buatku. kerana aku telah meminta padaNya. jadi aku yakin apa yg aku perlu lakukan cuma bertenang. ye tenang.

aku mahukan yang terbaik. bukan terbaik di mata mereka. bukan jua terbaik di mataku. tapi terbaik di hadapanNya. terbaik dengan situasi dan keadaan diriku. terbaik untuk menguatkan aku di jalanNya. terbaik untuk aku terus ingat pdNya dan melangkah ke arahNya. dan aku telah meminta semua itu dariNya. jadi sekali lagi aku ingatkan diri. aku perlu tenang. ye tenang. 

bertenang. bukan bersenang-lenang. tenang dan terus usaha. itu yg aku ingin tanamkan dalam-dalam jauh dalam hati ^_^




February 21, 2013

tulisan hati #10

mereka.
mereka lah yang pertama yg saya kenal dalam DnT.
mereka jugalah yang x pernah putus asa dengan diri ini.
mereka juga sentiasa ada di sisi. walau selalu diketepi.
mereka. my akhawat fillah. i love them.
kerana mereka mengajar aku mengenal Dia.
mengajar aku bagaimana hidup seorang muslim yg sebenar.
mengingatkan aku apa tujuan hidup kita sebagai manusia.
mengajar aku apa itu ukhuwah. apa itu itsar. apa itu ikhlas.
Allahu. i miss them. like seriously do. each one of them
Ya Allah, mudahkan urusan mereka di sana. dan kuatkan mereka.
semoga pertemuan kami suatu hari nanti semata keranaMu :)

February 20, 2013

kalau ikutkan rasa. perlbagai benda nak ditulis. tapi jika semua benda kita 'lumpsum' dalam satu entry habis semua caca merba kot. tulisan ke mana. point ke mana. habis-habis satu benda pun tak ada. sungguh. rindu nak menulis. rindu nak berkongsi cerita, pengalaman, perasaan. tapi apa yang menghalang. sendiri pun tak pasti. mungkin. hmm. mungkin the passion is no longer there T_T