well, some people did asked me.
"awak kan dah tade kelas. tak kerja lagi, apa yang busy sangat ni."
"tak kerja pun busy ke?"
err.. okay. mungkin saya belum lagi bekerja di dalam pejabat. belum officially bergelar akauntan/auditor atau sewaktu dgnnya. tapi yes, saya ke-busy-an sedikit last few weeks. busy with camps and helping my mom with her booths.
oh yeah, talking about booth. saya rasa banyaaaaak sangat belajar bila ikut mak bukak booth sana sini. belajar bersabar dengan pelbagai karenah. belajar berdikari setup booth, tutup booth semua. dan paling penting sekali, belajar mensyukuri nikmat rezeki yang Allah bagi. dan belajar tawakal sepenuhnya pada Dia untuk rezeki kita hari-hari ni.
serious, rasa macam sangat kagum dengan cara Allah nak buktikan rezeki tu memang 100% darinya. segala yang berlaku sekeliling ni cuma perantaraan saja. yes, dulu masa awal-awal berniaga. selalu fikir
"takde orang pun kat sini. mana nak ada sale."
"oh, area tu ramai orang. boleh meletup-letup lah nanti."
okay, mungkin awak nak cakap. kita berniaga memang kena cari kawasan strategik, cari area yang kita boleh jual barang kita. tapi jangan lupa, mencari kwsn strategik tu cuma satu usaha kita sahaja, rezeki yang kita dapat di situ, semuaaaaa Allah yang bagi, bukan sebab ramai orang ke, bukan sebab barang kita berkualiti ke, tapi sebab Allah.
why did i say that ? because ive experienced it ! di tempat yang rasa macam "memang tak dapat sales banyak lah ni, tak ramai orang. duit pt tak masuk lagi pulak tu." taaaapi, Allah nak sedarkan balik, tup tup ada seorang budak datang. try itu ini, pilih pilih. lepastu bayar, tiba-tiba dah dapat RM100+ ! datang pulak kakak sorang lagi, pilih pilih, lepastu bayar almost RM200. haaaa tak ke macam "err, tuelah. kalau Allah nak bg rezeki, ramai ke tak ramai orang, adelah sales tue."
and vice versa, dlm pada rasa macam tempat tu boleh buat sales "juta-juta", tiba-tiba seharian duduk melanguk je, sebab memang ramai students datang jenguk. tapi semua pegang, letak, pegang, letak. dan bila diri dah mula tamak sikit, dah sampai target, tapi nak lebih punya pasal, taknak tutup kedai lagi. nak tunggu jugak mana tahu ada orang datang beli lagi. taaaaapi, tunggu lebih sejam pun, orang keluar masuk je, tak ada yang membeli. hmmm. bukan ke tu bukti Allah nak kata "bukan sebab ramai orang sales kita banyak, tapi sebab Allah yg tetapkan rezeki kita banyak tu. tunggulah lama mana pun, kalau itu yang Allah tetapkan, tak akan bertambah atau berkurang dari itu." :)
i dont know if you, the one who reading this feel anything. tapi saya sangaaaaaat amazed ! memang bila difikirkan balik. Ya Allah, sebenarnya pergantunganku mungkin belum sepenuhnya padaMu, sebab itu banyaaak Allah nak tunjuk dalam pada berniaga ni. Alhamdulillah, Allah tegur kerana sayangkan kita, mahu kita kembali padaNya kan ? Ambillah pelajaran dalam setiap perkara, tarbiyyah Allah ada dimana-mana =)
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan [keperluan]nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan [yang dikehendaki] Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq ; 3)