What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

July 31, 2011

agak-agak mak/bapak marah tak ? :))

salam Ramadhan ^_^

Alhamdulillah, isnin ni [1/8/2011] dah start puasa dah, insyaAllah. hopefully selagi boleh puasa, kte puasa okayy! hehehee. pg pg buta ni teringat satu benda myfriend tanya haritu, tp masa tu mcm tgh lepak2 je, dia pun gelak2 je tanya. so tak jawab laa, gelak je dengar. ni terfikir balik, rasa nk tulis. ehehee. well, soalan dia lebih kurang macam nie :
"mcm mana awak decide something tu baik ke tak ke. mmg laa orang kata kita dah besar, boleh tahu, tp i rasa mcm tak tahu jugak. tade ke mcm benchmark untuk benda ni? hahahaa"

senang kan ? siapa boleh jawab, sila jawab dekat commentbox nant yee. boleh share share story :))

ofcourse mestilah kena fikir benda tu betul ke tak, ikut syariat islam, sunnah Rasulullah. tp pernah tak kadang-kadang kat tengah-tengah mall ni, tengah nak beli barang ke, nak peg buat apa2laa, mcm fikir, boleh ke tak boleh eh? so as for the so called benchmark, i would say i put myparents as the benchmark. hehee. lgpun i always thought that "Allah sayang orang yg buat ibubapa dia gembira". so since manusia ni sifatnya lg suka tgk hasil depan mata, in this case, ibubapa yg gembira, so use that to achieve the Higher level *okay kalau tak faham,abaikan. ni teori diri sendiri;p*

how do i use my parent as benchmark ? its simple, really is.
tiap kali nak buat apa apa, mesti fikir
"kalau buat ni depan bapak/mak, diorang marah tak agak2?"
"kalau pakai mcm ni depan mak/bapak, diorg bagi ke tak?"
"kalau ckp macam ni depan mak/bapak, diorang marah tak?"
"segan tak kalau mak/bapak nampak benda ni?"
lepastu fikir balik,
"kalau mak/bapak pun marah, mestilah Allah pun marah."
"kalau mak/bapak bg pun, is it really okay?"


its one of the reason why i didnt agree with people that didnt approve their family on fb, twitter etc. its their choice of course, but i would always thought that, why would u hide anything from ur family ? if you are not doing anything wrong, why should u be afraid that they might see it ? if u did do something bad and afraid they know it, takkan tak takut Allah tahu ? there's this one quote saying :

if you dont want others to know it, then dont do it in the first place :))

yeee, saya memang banyak buat sesi soal jawab dengan diri sendiri dalam kepala ni. ehehee. its not really a good thing though, i know, sebab lg bagus kalau tanya kat orang lg pandai/tahu bab2 ni kan ? so, jangan tiru ye ? i tried to change, now lagi banyak tnya orang jugak. huhuuu..

haaa one more thing, this is one of the reasons i would take a looooooong time to make a decision. either buying clothes, things, going somewhere etc. my friend would see me holding one thing and look really excited to buy it, but the next minute i would put it back saying "tapelaa, tgk benda lain dulu" padahal nak fikir2 dulu. hahaaa *okay kantoi* ;p.. okay, thats me. how about you ? yes you, the one reading this [if any] hahahaa :p

p/s: wrote this @ 2.55am. sorry ayat yang berterabur, i seriously dont like to recheck my grammar/spelling/susunan ayat. ehehee ;p

July 29, 2011

choices.

watched a series and somehow i love this quote :

"choices are sacrifices, and inevitably, that mean,
giving up something that you want for something you want more"

July 27, 2011

july - the month of loves ;D

salam semua ^_^

today nak buat entry bergambar. hehee.
Alhamdulillah there's many happyy things happened this month.
ye, sedih pun banyak jugak, tp buat apa dikenang yg sedih kan ?
heheee. mari mari sy nak share apa yg best ;D
[gambar tak ikut susunan;p]

start with this. one great experience with great people! :D 

 all my family, wish im there too :(
congratulations to my brother arep+kak wana! :))



a visit to british museum

lunch with these people, nicee :)

Add caption

oovoo with parents+brothers *loves*

mom's birthday [14/7]
dad's birthday [20/7]

p/s: and now here i am at home, bertemankan fever :(

July 22, 2011

being strong~




yeah, I AM! insyaAllah ;D

tulisan hati.

kadang kadang dalam hidup nie.
nak dapat satu, kena lepaskan satu.

orang kata itu teori bahagia.

nak bahagia, ada yang perlu dikorbankan.
tapi dalam berkorban. kena jugak hati hati.
jangan sampai tersalah korban.
jangan sampai tersalah lepas.

kalau tersalah lepas, hidup senang, hati kosong.
hati  kosong, hati beku, hati gelisah
orang kata, duit boleh beli katil yang empuk
tapi duit takkan mampu beli tidur yang lena.
kalau hati dah gelisah, hati dah beku.
 macam mana nak bahagia ?
hanya pada Dia ada bahagia 
:)

*spontan je tulis. bukan sajak, bukan puisi. cuma luahan hati :)

July 21, 2011

220th.



the pictures tells it all.
i missed them.
i love them.
always :))

*thanx to oovoo :D

July 19, 2011

berlapang dada (:

Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka [tidak] akan memberi [bantuan] kepada kaum kerabat [nya], orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An-Nur ; 22)


bila baca ayat ni, rasa macam Allah menegur kita secara 'direct'  [ well, bukan ke Al-Quran is His love letter kan?:) ]. selalu orang ingatkan kita, "jangan marah." "tak elok berdendam" "tak baik tak memaafkan orang" and paling best bila orang cakap "forgiveness is the sweetest revenge". tapi kita lupa, Allah lebih tahu manusia ni jiwanya sensitif, jiwanya mudah terasa. awal awal Dia dah tegur kita dalan kitab-Nya.

kalau kita sendiri buat salah, buat orang marah, mestilah kita harap sangat orang tu maafkan kita kan ? kenapa kita tak buat perkara yang sama pada orang lain ? dan yang paling penting, kita sendiri manusia yang tak terlepas dari melakukan dosa, tentulah kita harapkan pengampunan-Nya kan ? sedangkan Allah itu sndiri Maha Pengampun sebesar mana dosa kita pun kalau kita bertaubat sungguh-sungguh. kita ni pulak manusia biasa je. apalah sangat hak kita untuk tak memaafkan dosa orang lain kan ? i think i dont have any right. how about you ? :))


kalau nak kata 'Kau tak rasa, dia dah buat kat aku macam-macam. tak boleh nak maafkan senang senang je'  I would say " yes, aku tak rasa apa yang dia dah buat kat kau. tapi aku yakin apa yang kau lalui sekarang mungkin tak sampai 10% pun apa yang Rasulullah lalui waktu menyebarkan islam dulu. and still, Rasulullah mampu berlapang dada dan lupakan/maafkan semua tu"

and i know some would say "aku bukan Nabi. aku manusia biasa" [yeah, humans, taleh lari dari cari alasan kan.] dulu tak reti jugak nak jawab, tp ada someone pernah cakap to me something like this,
"yes kita manusia biasa. tapi jangan lupa, sebab tu Allah berikan kita Nabi dari kalangan kita juga, supaya kita boleh jadikan teladan. kalau Nabi, juga manusia macam kita mampu lalui semua tu, kenapa tak kita ?"



lagipun, apalah guna berdendam kalau cuma menyakitkan hati sendiri kan ? so, jom muhasabah diri kita balik. mari ramai ramai hapuskan dendam, bersihkan hati (",) 
#selfreminder

*mula mula post tersalah quote (24;21), Alhamdulillah ummi tulis status kt FB ayat juga dgn quote yang betul. Allah nak tunjuk mcm mcm cara kann ? :))

July 16, 2011

here goes..

there's this feeling, 
which i dont know how to describe it. 
few days spent together, 
few things shared,
few differences,


1 similarities :
The Goal.

one thing for sure,
i miss you.
rindu nak bercerita,
 rindu nak mendengar cerita2 baru,
rindu nak belajar benda benda baru
 :)


*tiba tiba rasa nak menulis. here goes. .
**tak sngka 'pkcik' baca ye ? ahahaa. thanx :))

July 12, 2011

wales-italy-paris.

ini sambungan teaser :))

few weeks ago, kak ili sent me an email about a programme in Wales. tapi sebab sibuk nak finals so macam 'tape nant lah fikir nak perg ke tak'.. then bila dah habis exam, went out with some friends and lupa dah bout that. sampai bila ktorg sembang sembang and,

A : hows our holidays plan ?
me: ada plan apa apa ke ?
H : yala.. A said want to go italy. she used to live there.
me : woah serious ? bila nak peg ? dah survey tiket sume ?
A : belum, balik ni laa jom survey. kte pergi next week ke mcm tu..


mestilah nak tgk benda alah ni dekat dekat kan ? ;p
and bila smpai A's house. ktorg pun online check check tickets sume.. then according to plan, price yg considerable, boleh pergi around 27/6-4 or 5/7 mcm tu. tengah best best plan ni. tiba tiba teringat email kak ili. the programme was on 2-3rd july. dalam hati dah macam 'alaa, takkan nk peg wales sorg2, baik peg italy'.  huhuuu.. then talked to a senior which i had the conversation in 'teaser'.. balik rumah skype with kiwan and masa tu mcm dah nekad 'kalau ada org lain dari london peg, bolehla peg je wales tu'. then masa ckp ckp ngan kiwan, kak ili called.

kak ili : ika nak pergi ke ASAP ? anis kata insyaAllah dia pergi.
me : oh yeke. urmm.. macam nak pergi je.
kak ili : kalau ika nak pergi, anis belum beli tiket. akak boleh mintak tlg dia belikan sekali,
me : haa. urm bolehlaa ika pergi.
kak ili : Alhamdulillah. okay nant akak bagitahu anis. 


dalam hati masa tu macam  'amboy senang je decide ika. main cakap je nak pergi'. tp bila igt kak N cakap, i think kalau Allah takdirkan meninggal at that time [alhamdulillah pnjang lg umur :)], rasanya lebih baik tengah belajar kat ASAP dari jalan jalan kat italy. well, thats my opinion, mungkin orang lain rasa lain kan :))

sy nak cerita pasal ASAP tu, tapi lari topik nanti. sebab tujuan sebenar nak cerita ni, nak share.. bila kita lepaskan satu yang kita nak sangat, yang kita rasa rugi sangat tak dapat [in this case, trip to italy], insyaAllah Dia janjikan sesuatu yang lebih menarik, lebih baik bagi kita.



dan bagi saya, walaupun terlepas peluang ke italy, tapi saya dapat ke Leicester. kenal dengan Seha, kak didi, kak mai, kak wan mai. dan lepastu bila ke ASAP di Lougborough, kenal ramaaaaai lagi yang lain. dapat belajar benda benda yang selama ni tak pernah tahu pun [ mungkin tak pernah nak amik tahu pun;( ]

tp dapat tgk benda alah ni pulak dekat dekat :))
lepastu bila balik ke London, Alhamdulillah Allah temukan dengan kak lina and her parents. dapat merasa kedai kedai Malaysian di London ni. kalau sendiri memang tak laa nak perg. orang kata, baik masak sendiri kan. hehee. dan mereka bawa join daytrip to Paris. yes, segan sangat sangat nak ikut, tapi tuelah. rezeki Allah kan di mana-mana, bila-bila masa saja. tak terlintas lansung dapat nak peg Paris cuti ni.  kak N cakap 'mungkin ni hikmah ika lepaskan the italy's trip tu kan?' yes, mungkin jugak.  orang selalu cakap, Allah's plans are always better than mine. true enough because Allah knows best kan ? :))

teringat kak kiwan cakap dulu :
awak terlepas satu event ni. Mungkin Allah ganti banyak lagi yang lain lepas ni. insyaAllah :)

*oh tapi trip to italy tu mmg dah cancel terus lepastu. heheee ;p

July 10, 2011

kenapa perlu berkasar ?

Salam :))

asalnya nak sambung 'teaser'. tp tak sempat nak tulis panjang panjang sekarang ni. cuma nak update sikit je. penat dah rasanya tengok sekarang ni rasa macam dah 'trend' pulak kita saling salahkan sama sendiri. orang tu tak betul, orang ni tak betul. yes kita memang kena betulkan yang salah, tapi cara nak membetulkan yang salah tu pun kena betul jugak. menegur cara berhemah kan lagi baik dari gunakan perkataan maki hamun semua tu ? bayangkan diri kita yang buat salah, tiba tiba kawan yang menegur tu guna segala maki hamun cakap kita mcm mcm, macam mana perasaan, penerimaan kita ? mesti sakit hati dan marah lagi tinggi dari kesedaran terhadap teguran tu kan.. Islam tu kan indah, lemah lembut, kenapa kita nak gunakan perkataan-perkataan kasar untuk perjuangkan Islam ? tak ke macam kontra tu ?

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”

Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih

sedangkan syaitan yang memang Allah laknat tu pun Rasulullah larang kita maki dia, inikan pulak manusia yang kita sendiri tak tahu taraf, darjat dia disisi Allah. mungkin kita kutuk, maki dia, sedangkan darjat dia di sisi Allah jauh lagi tinggi dari kita. siapa kita nak merendahkan orang lain kan ? Allahualam.. 

MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari.
Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.
#selfreminder

sumber : 
http://sueella.net/2010/05/06/syaitan-dlm-kehidupan-manusia/

July 8, 2011

teaser..

Salam semua :))

ika : Alaa akak, ika tak tahu lg. dua dua pun ika tak pernah peg, dua dua pun menarik, macam mana ni?
kak N : *senyum* fikir la betul betul. ikut ika laa nak peg yang mana. takpun buat je istikharah.
ika : hehee. insyaAllah nant ika buat. tp kalau akak, peg yang mana ?
kak N : akak pergi yang mana yang akak rasa  "kalau ditakdirkan ajal akak kat tempat tu, waktu tu, sekurang-kurangnya akak bersyukur, gembira berada kat situ"
ika : err ? apa akak cakap ni....
kak  N : kalau ika pergi V, jalan jalan and have fun. lepastu kalau ditakdirkan meninggal waktu tu, ika rasa worth it tak ? macam tu jugak yang satu lagi. ika pergi belajar sambil jalan jalan and have fun jugak, kalau meninggal waktu tu, rasanya worth it tak ?
ika : haa, nak kena fikir macam tu ke ?
kak  N : akak tak suruh fikir macamtu, tp tu salah satu cara akak buat decision. its all on you sis *senyum*



*ini bukan novel, ini bukan cerpen, ini cuma satu cerita yang sy nak kongsi, tp cuma sempat tulis panjang ni je dulu ;p..
 bila cakap ngan kak N nak tulis ni kat blog, dia cakap okay je tp kalau boleh tayahla mention nama. so thats why tulis kak N jee :)) 

July 7, 2011

impian dua.

salam semua! :D

bila dah mula buat satu entry, tangan pun gatal laa nak tulis banyak banyak kan. nak tulis sikit je kali ni. pendek je. update, update! hehee. dulu pernah buat entry tentang impian saya di sini . Alhamdulillah impian tu boleh kata tercapai juga sikit sikit, akan diusahakan lagi. perjalanan masih jauh, diri ni masih banyak nak buat untuk kejar impian tu. tapi sekarang, sy dah ada impian baru. hehee macam tamak pulak yang haritu pun terkial-kial, dah sibuk nak kejar impian lain pulak. bukan taknak berkongsi apa impian tu, tp takut pulak nant niat jadi lain. hehehee. kalau niat betul, benda baik, Allah akan tolong kan ? insyaAllah. doakan sy ye rakan rakan :))

*luahan perasaan kali kedua ;p

July 6, 2011

itsar :)

Assalamualaikum rakan rakan ! hehee :)

rindunyaaaa nak menulis. tapi idea selalu la kering. haish. sedih laa macam ni. dan walaupun tengah cuti, rasa macam tak duduk rumah je. tp seronok laa. macam macam benda explore ;D

Last friday, i went to Leicester with anis, ummi and kak kim. then masa dekat sana, tidur satu malam dekat rumah sister kt sana, seha [fathini, seha ni lah yg kte ckp mcm awk tuee! ehehehee]. sampai sana petang mcmtu, then rehat rehat, makan makan. lepastu solat maghrib n isyak, ada sister bagi tazkirah [ngee rindu pulak bapak bg tazkirah lepas subuh dulu dulu ;( ]


[gmbar ihsan encik google ;p]
she talks about itsar. what is itsar ? 
sifat itsar ialah mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri. dulu dulu dengar pasal itsar ni, memang rasa senang je maksud dia, senang je pun nak faham, tp sebenarnya lebih dari setakat tahu maksud je, perlaksanaan tu jauh lagi mencabar. dan selalu jugak dengar orang kata
Setinggi-tinggi peringkat ukhuwah adalah itsar,
Dalam kisah perang Yarmuk, Ikrimah bin Abu Jahl seorang mujahid bersama dua sahabat yang lain terbaring dengan luka-luka sangat parah. Ketika seorang sahabat hendak memberinya minum, ia menolak dan menyuruh air itu diberikan ke teman di sebelahnya. Ketika air itu akan diberikan kesebelahnya, orang tersebut juga menyuruh diberikan lagi ke sebelahnya pula. Ia memilih mengalah pula pada saat-saat yang penting tersebut. Namun orang ketiga yang dimaksud sudah meninggal, ketika kembali lagi si pemberi minum ke sahabat yang tengah, ternyata ia sudah syahid juga. Dan ketika beranjak ke Ikrimah, ia pun telah syahid.

Subhanallah, betapa mereka mementingkan dan menjaga itsar mereka. kita pula mcm mana ? hmm, mungkin kena muhasabah diri lebih lagi ni #selfreminder.