What i write is a part of me, mylife and my thoughts. It may be different from what u thought I am. But this is me and oh, THANKS for dropping by ;))
RSS

July 10, 2011

kenapa perlu berkasar ?

Salam :))

asalnya nak sambung 'teaser'. tp tak sempat nak tulis panjang panjang sekarang ni. cuma nak update sikit je. penat dah rasanya tengok sekarang ni rasa macam dah 'trend' pulak kita saling salahkan sama sendiri. orang tu tak betul, orang ni tak betul. yes kita memang kena betulkan yang salah, tapi cara nak membetulkan yang salah tu pun kena betul jugak. menegur cara berhemah kan lagi baik dari gunakan perkataan maki hamun semua tu ? bayangkan diri kita yang buat salah, tiba tiba kawan yang menegur tu guna segala maki hamun cakap kita mcm mcm, macam mana perasaan, penerimaan kita ? mesti sakit hati dan marah lagi tinggi dari kesedaran terhadap teguran tu kan.. Islam tu kan indah, lemah lembut, kenapa kita nak gunakan perkataan-perkataan kasar untuk perjuangkan Islam ? tak ke macam kontra tu ?

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.”

Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih

sedangkan syaitan yang memang Allah laknat tu pun Rasulullah larang kita maki dia, inikan pulak manusia yang kita sendiri tak tahu taraf, darjat dia disisi Allah. mungkin kita kutuk, maki dia, sedangkan darjat dia di sisi Allah jauh lagi tinggi dari kita. siapa kita nak merendahkan orang lain kan ? Allahualam.. 

MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA
Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.”
Hadis sahih Bukhari.
Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaan adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.
#selfreminder

sumber : 
http://sueella.net/2010/05/06/syaitan-dlm-kehidupan-manusia/

0 comments: