rindunyaaaa nak menulis. tapi idea selalu la kering. haish. sedih laa macam ni. dan walaupun tengah cuti, rasa macam tak duduk rumah je. tp seronok laa. macam macam benda explore ;D
Last friday, i went to Leicester with anis, ummi and kak kim. then masa dekat sana, tidur satu malam dekat rumah sister kt sana, seha [fathini, seha ni lah yg kte ckp mcm awk tuee! ehehehee]. sampai sana petang mcmtu, then rehat rehat, makan makan. lepastu solat maghrib n isyak, ada sister bagi tazkirah [ngee rindu pulak bapak bg tazkirah lepas subuh dulu dulu ;( ]
[gmbar ihsan encik google ;p] |
sifat itsar ialah mengutamakan orang lain melebihi diri sendiri. dulu dulu dengar pasal itsar ni, memang rasa senang je maksud dia, senang je pun nak faham, tp sebenarnya lebih dari setakat tahu maksud je, perlaksanaan tu jauh lagi mencabar. dan selalu jugak dengar orang kata
Setinggi-tinggi peringkat ukhuwah adalah itsar,Dalam kisah perang Yarmuk, Ikrimah bin Abu Jahl seorang mujahid bersama dua sahabat yang lain terbaring dengan luka-luka sangat parah. Ketika seorang sahabat hendak memberinya minum, ia menolak dan menyuruh air itu diberikan ke teman di sebelahnya. Ketika air itu akan diberikan kesebelahnya, orang tersebut juga menyuruh diberikan lagi ke sebelahnya pula. Ia memilih mengalah pula pada saat-saat yang penting tersebut. Namun orang ketiga yang dimaksud sudah meninggal, ketika kembali lagi si pemberi minum ke sahabat yang tengah, ternyata ia sudah syahid juga. Dan ketika beranjak ke Ikrimah, ia pun telah syahid.
Subhanallah, betapa mereka mementingkan dan menjaga itsar mereka. kita pula mcm mana ? hmm, mungkin kena muhasabah diri lebih lagi ni #selfreminder.
0 comments:
Post a Comment